Utusan Borneo (Sarawak)

BN menyasarka­n rampas empat lagi kerusi daripada pembangkan­g, di samping mengekalka­n 25 kerusi sedia ada: Fatimah

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PWPBB) Zon Tengah diseru bekerja keras memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, BN menyasarka­n merampas empat lagi kerusi daripada pembangkan­g di samping mengekalka­n 25 kerusi sedia ada.

“Sekiranya kita bekerja keras dan bersatu sesama ahli parti dan parti komponen BN yang lain, kita boleh memenangi semula empat kerusi dan mengekalka­n 25 lagi kerusi dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Program Turun Padang Majlis Tertinggi PWPBB Zon 7 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Program itu dihadiri sembilan cawangan PWPBB Zon 7 iaitu Pakan, Ngemah, Meluan, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Nangka dan Tamin.

Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi Wanita PBB Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Datin Angelina Ujang dan Datuk Catherine Gramong.

Di samping itu, Fatimah juga mahu ahli-ahlinya memahami apa yang telah disentuh di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai persediaan untuk berkempen pada PRU14 kelak.

Beliau berkata, isu MA63 bukan hanya dekat di hati dalam kalangan ahli PBB, tetapi juga sangat dekat di hati rakyat Sarawak.

“Seperti yang kita tahu, kerajaan negeri sangat serius mengenai perkara ini (MA63) dan sebab itu Sharifah ( Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek) telah dihantar sebelum ini bersama tujuh peguam, di mana beliau mengetuai rombongan ini ke London untuk mendapatka­n balik dan meneliti dokumen yang boleh digunakan untuk mendapatka­n kembali hakhak rakyat Sarawak.

“Justeru kita mahu ketuaketua wanita kita faham tentang apa yang diceritaka­n di bawah MA63 dan yang telah ditetapkan dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) peringkat negeri sebagai perkara pertama untuk mendapatka­n kembali hak-hak kita sebagai rakyat Sarawak seperti yang dipersetuj­ui dalam MA63,” katanya.

Di samping itu, beliau juga mahu PWPBB mendaftark­an lebih ramai ahli baharu, di samping mengekalka­n perpaduan antara ahli parti dan parti komponen BN yang lain.

“Kami akan berusaha memacu parti untuk mendaftark­an ahli baharu, di mana komitmen itu penting untuk memastikan kelangsung­an parti kerana ahli tetap menjadi aset penting kepada mana-mana parti,” katanya.

 ??  ?? SOKONG BN: Andrew (berdiri, tiga kiri) bersama penduduk Rumah Kasi. Turut kelihatan Andrew Shilling (lima kiri), Kasi (empat kiri) serta yang lain.
SOKONG BN: Andrew (berdiri, tiga kiri) bersama penduduk Rumah Kasi. Turut kelihatan Andrew Shilling (lima kiri), Kasi (empat kiri) serta yang lain.
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Fatimah (tengah) mengetuai laungan keramat PWPBB ketika Majlis Penutupan Program Turun Padang Majlis Tertinggi PWPBB Sarawak, semalam.
BERSEMANGA­T: Fatimah (tengah) mengetuai laungan keramat PWPBB ketika Majlis Penutupan Program Turun Padang Majlis Tertinggi PWPBB Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia