Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Parlimen Sibu harus beri sokongan padu kepada calon BN

-

SIBU: Pengundi di Parlimen Sibu harus memberi sokongan padu kepada sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Parlimen tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusi Rancangan Sibu 1 (RS1) Datuk Andrew Wong berkata adalah penting pada PRU14 ini pengundi memilih anak Sarawak mewakili BN.

“Pembangkan­g adalah parti dari Semenanjun­g Malaysia. Kebanyakan mereka ini tidak pernah datang atau menjenguk penduduk di rumah panjang.

“Sebagai anak Sarawak, kita mesti sokong penuh anak Sarawak. Hanya anak Sarawak dapat menjaga hak anak Sarawak,” katanya di sini semalam.

Andrew ditemui pada Program Bersama Komuniti RS1 di Rumah Kasi Penguang, Sungai Banyok, Batang Igan.

Rombongan itu turut berkunjung ke enam rumah panjang di Sungai Pinang dan Kampung Bungan.

Hadir sama Timbalanny­a Andrew Shilling, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Penghulu William Kanyan serta ahli RS1 lain.

Menurut Andrew, sekiranya terpilih sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Sibu beliau mengharapk­an sokongan sama diberikan kepadanya.

“Tunggu minggu depan untuk kita ketahui siapa jadi calon BN. Jika, saya jadi calon sokonglah saya,” jelasnya yang juga calon berpotensi untuk Parlimen Sibu.

Andrew juga berjanji sekiranya terpilih dan menang, beliau akan bekerja keras membawa lebih banyak pembanguna­n ke kawasan Parlimen Sibu.

Pada PRU13, kerusi Par- limen Sibu dimenangi calon Parti Tindakan Demokratik (DAP) Oscar Ling yang bertanding semula pada PRU14 ini.

Sementara Tuai Rumah Kasi berharap BN memberi peluang kepada Andrew menjadi calon bagi kerusi Parlimen Sibu pada PRU14.

Katanya, penduduk Sungai Banyok bersedia memberi sokongan penuh kepada Andrew sekiranya beliau menjadi calon BN.

“Kita akan menyokong siapa juga calon BN yang bertanding di Parlimen Sibu pada PRU14 ini,” kata Kasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia