Utusan Borneo (Sarawak)

Pencalonan semula Oscar di Sibu sudah dijangka: Andrew

-

SIBU: Pencalonan semula penyandang kerusi Parlimen Sibu Oscar Ling mewakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini sememangny­a sudah dijangkaka­n.

Calon berpotensi Barisan Nasional (BN) Parlimen Sibu Datuk Andrew Wong berkata, pencalonan Oscar di Parlimen Sibu sudah dijangka kerana beliau adalah bekas wakil rakyat di situ sebelum ini.

“Itu perkara biasa memandangk­an beliau merupakan bekas wakil rakyat di Sibu.

“Perkara ini sudah dijangkaka­n dan tidak hairan beliau dicalon semula,” katanya ketika ditemui pada Program Bersama Komuniti Rancangan Sibu 1 (RS1) di Rumah Lilian Linus, Kampung Bungan, Batang Igan di sini semalam.

HadirsamaT­imbalanPen­gerusi RS1 Andrew Shilling, Temenggung Stanley Geramong, Pemanca James Semilan, Penghulu Jeffery Sut, Penghulu William Kanyan serta ahli RS1.

Ditanya mengenai peluang BN di Parlimen Sibu, Andrew berkata BN akan memberi tentangan hebat untuk memenangi kerusi Parlimen Sibu daripada pembangkan­g.

“Kekurangan kita kerana beliau pernah menjadi wakil rakyat di sini untuk lima tahun lalu.

“Diharap penduduk di Sibu melihat prestasi beliau (Oscar) dan pada masa sama melihat prestasi BN. Harap mereka memilih BN untuk pembanguna­n Sibu,” jelasnya.

Pada PRU13 lalu, Oscar berjaya memenangi kerusi Parlimen Sibu menewaskan calon BN, Temenggung Datuk Vincent Lau.

 ??  ?? BERTEMU KOMUNITI: Andrew (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Lilian sambil diperhatik­an oleh Shilling (kanan) di Sibu semalam.
BERTEMU KOMUNITI: Andrew (dua kanan) menerima cenderamat­a daripada Tuai Rumah Lilian sambil diperhatik­an oleh Shilling (kanan) di Sibu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia