Utusan Borneo (Sarawak)

Penjenayah seksual kanak-kanak akan segera didakwa di Mahkamah JSKK

-

KUCHING: Penjenayah seksual terhadap kanak-kanak khususnya di negeri ini akan dihadapkan segera ke muka pengadilan, dengan adanya penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak (JSKK) di sini, yang dilancarka­n hari ini.

Justeru, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah amat mengalu- alukan penubuhan mahkamah khas untuk menangani kesalahan seksual terhadap kanakkanak yang pertama di Malaysia dan Asia itu.

Menurut beliau, ia sangat penting dan diperlukan untuk memberi keadilan yang sewajarnya kepada kanak-kanak.

“Mahkamah khas ini sangat penting untuk memastikan agar pelaku segera dibawa ke muka pengadilan agar kanakkanak yang menjadi mangsa mendapat keadilan yang cepat agar dapat meneruskan kehidupan mereka dengan baik,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Fatimah menambah, penubuhan JSKK adalah sewajarnya pada masa ini kerana dunia amnya telah menyaksika­n kanak- kanak lebih terdedah kepada jenayah seksual.

“Penubuhan JSKK di Kuching, Sarawak sememangny­a membuktika­n bahawa kerajaan komited untuk menyediaka­n kehidupan yang selamat kepada anak-anak kita termasuk persekitar­an yang kondusif untuk perkembang­an fizikal, mental dan rohani mereka,” katanya.

Statistik daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (20152016) melaporkan sebanyak 5,779 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dicatatkan dari tahun 2010 hingga 2015 dengan purata 963 kes setahun.

Manakala polis merekodkan 2,759 kes- kes rogol, sumbang mahram (412 kes), cabul (1,423 kes) dan seks luar tabii (422 kes) antara 2015 dan 2016 yang melibatkan mangsa berusia 18 tahun ke bawah.

Di Sarawak, bagi tahun 2017, daripada 234 kes seksual yang dilaporkan, sejumlah 172 kes melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun iaitu membabitka­n kes rogol (119), cabul (22), kesalahan seksual terhadap kanak-kanak (23) dan seks luar tabii (8).

 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia