Utusan Borneo (Sarawak)

Dana hanya dibelanja untuk kebajikan veteran kurang bernasib baik: PVATM

-

KUCHING: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) memberi jaminan bahawa dana yang dikumpul daripada orang awam melalui Kempen Kutipan Tabung Pahlawan tahunannya akan hanya dibelanjak­an untuk kebajikan veteran yang kurang bernasib baik dan keluarga mereka.

Presiden PVATM Kebangsaan Senator Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor berkata jumlah yang dikutip akan dibahagika­n secara adil kepada veteran dan anggota yang layak tanpa mengira sama ada mereka adalah anggota PVATM atau tidak.

“Setiap sumbangan yang kami perolehi daripada orang awam yang bermurah hati menerusi kempen ini adalah bertujuan menjaga kebajikan veteran kami dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Mohd Anwar berkata demikian semasa menyampaik­an bantuan kepada ahli PVATM yang kurang bernasib baik, balu dan kanak- kanak di kawasan Kuching dan Samarahan di Kompleks Belia dan Sukan di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, beliau menyampaik­an cek bernilai RM117,800 kepada PVATM Sarawak untuk mengagihka­n bantuan kepada penerima dari bahagian lain di seluruh negeri.

Cek tersebut telah diterima Pengerusi PVATM Sarawak Roland Demong Radin.

Selain itu, Anwar berkata walaupun pengagihan bantuan untuk golongan veteran dan keluarga yang kurang bernasib baik ketika musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, namun ia bukanlah usaha untuk memancing undi.

“Aktiviti kami tidak ada hubunganny­a dengan politik atau dalam hal PRU14...ini adalah sebahagian daripada program tahunan kami dan kami menjalanka­nnya tanpa mengira waktu pilihan raya atau tidak,” katanya.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung PVATM Kebangsaan Leftenan Kolonel ( B) Tajul Ariffin Chu Johari dan Penasihat PVATM Sarawak Leftenan Kolonel (B) Monday Juhid.

 ??  ?? TERIMALAH: Mohd Anwar menyampaik­an replika cek kepada Roland.
TERIMALAH: Mohd Anwar menyampaik­an replika cek kepada Roland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia