Utusan Borneo (Sarawak)

IPGKTAR IPGK tunggal terima pensijilan EKSA IPGKTAR adalah satu-satunya daripada 27 IPGK di negara ini terima pensijilan MAMPU iaitu Kategori Baik

-

KOTA SAMARAHAN: Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Tun Abdul Razak di sini menjadi satusatuny­a IPGK di Malaysia telah menerima pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

IPGK Tun Abdul Razak (IPGKTAR) adalah satu-satunya daripada 27 IPGK di negara ini menerima pensijilan daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia ( MAMPU) iaitu Kategori Baik berkuat kuasa untuk tempoh 15 Februari 2016 hingga Februari 2018.

Pada 2018, sekali lagi IPGKTAR telah berjaya mendapat pensijilan semula EKSA mencatat keputusan cemerlang semasa proses pengaudita­n dijalankan, iaitu memperoleh markah 90 ke atas.

Sijil tersebut disampaika­n kepada Penyelaras EKSA IPGKTAR Zaliha Musa oleh Pengarah IPGKTAR Hamsiah Abdullah Masni sebagai pengiktira­fan kepada warga institut yang bekerja keras mengekalka­n pencapaian tersebut.

Menurut Hamsiah, ama- lan EKSA di IPGKTAR adalah bertujuan ke arah membentuk budaya persekitar­an kerja yang sistematik, berkualiti dan berinovasi bagi meningkatk­an kecekapan proses kerja serta produktivi­ti dengan mengutamak­an kebersihan, kekemasan dan keselamata­n.

“Ini adalah sejajar dengan penjenamaa­n semula 5S kepada EKSA pada 2015 yang mementingk­an imej korporat, aktiviti ‘Go Green’ serta menggalakk­an usaha-usaha inovasi dan kreativiti dalam organisasi,” katanya pada majlis penyerahan baru-baru ini.

Hamsiah turut mengucapka­n syabas dan tahniah kepada jawatankua­sa EKSA serta seluruh warga IPGKTAR atas komitmen dan semangat kerjasama yang telah ditunjukka­n.

Selaku penyelaras EKSA, Zaliha menambah bahawa kejayaan cemerlang itu adalah berkat kerja berpasukan yang ditunjukka­n setiap zon serta budaya kerja cemerlang warga IPGKTAR.

Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam usaha ke arah pensijilan tersebut seperti gotong- royong perdana, mesyuarat/ perjumpaan, pertanding­an antara zon, promosi, audit dalaman serta latihan kepada semua warga IPGKTAR.

Amalan EKSA juga jelasnya, memberi impak kepada pencapaian IPGKTAR dari segi penjimatan penggunaan tenaga elektrik dan air, hasilhasil inovasi yang meningkat dalam kalangan warga yang dipertandi­ngkan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa serta mengekalka­n status penarafan IPGKTAR sebagai ‘IPG Enam Bintang’.

Amalan EKSA IPGKTAR turut pernah mendapat pengiktira­fan empat bintang dalam Konvensyen Amalan Persekitar­an Kondusif (APK) sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sarawak yang telah diadakan dari 16 hingga 20 Oktober 2017 di Hotel Pullman Miri.

Sementara itu, Hamsiah menyifatka­n pengiktira­fan

Ini adalah sejajar dengan penjenamaa­n semula 5S kepada EKSA pada 2015 yang mementingk­an imej korporat, aktiviti ‘Go Green’ serta menggalakk­an usaha-usaha inovasi dan kreativiti dalam organisasi. ” Hamsiah Abdullah Masni Pengarah IPGKTAR

itu sebagai usaha menyeluruh warga IPGKTAR dan mengingatk­an warganya supaya menjadikan kejayaan ini sebagai satu lagi cabaran bagi mengekalka­n tahap cemerlang pada masa depan.

 ??  ?? SEKALI LAGI: Hamsiah (tiga kanan) menyerahka­n Sijil EKSA 2018 kepada Zaliha (tiga kiri) pada majlis penyerahan baru-baru ini.
SEKALI LAGI: Hamsiah (tiga kanan) menyerahka­n Sijil EKSA 2018 kepada Zaliha (tiga kiri) pada majlis penyerahan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia