Utusan Borneo (Sarawak)

DANI mohon orang ramai bantu biayai calon-calon PBDSB

-

KUCHING: Dayak Nation Institute (DANI) memohon orang ramai menyumbang di dalam dana ‘Jiwa Borneo’ bagi membiayai calon-calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) yang akan bertanding pada Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Pengerusin­ya Rapelson Richard berkata dana tersebut amat penting bagi menghantar anak Dayak untuk bersuara di Parlimen.

“Kami menyeru agar masyarakat dan NGO Dayak yang lain bersatu dalam Agenda Penyatuan Dayak di bawah parti pembangkan­g tempatan Dayak Sarawak yang pernah mati dan dihidupkan kembali dan jangan mengkhiana­ti perjuangan Dayak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sebuah hotel di sini, semalam yang turut dihadiri Presiden PBDSB Cobbold John dan ahli PBDSB yang lain.

Menjelas lanjut, pengumpula­n dana itu juga dibuat kerana DANI menyokong penuh Manifesto PBDSB yang menekankan penggunaan ‘Dayak’ sebagai ‘Bangsa Dayak’ untuk menggantik­an ‘lain-lain’ atau ‘Bumiputera’ dalam borang di Malaysia, bagi menjadikan Dayak diiktiraf dan disegani di peringkat nasional dan antarabang­sa.

Beliau turut memberi jaminan bahawa dana yang diperolehi tidak akan disalur atau dimasukkan ke dalam akaun peribadi calon PBDSB bagi mengelakka­n salah guna dana untuk kepentinga­n peribadi.

DANI merupakan sebuah konsultan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bergiat aktif menjalanka­n aktiviti-aktiviti kesedaran tanah Hak Adat Bumiputera dari Sematan hingga ke Miri.

Ia juga adalah NGO yang berasaskan komuniti dan aktif menjalanka­n program dan konsultans­i memperkasa­kan kemasyarak­atan terutama masyarakat Dayak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia