Utusan Borneo (Sarawak)

SM Jalan Riam, Miri ungguli Forum Sekolah Menengah Persendiri­an Cina

-

SIBU: Sekolah Menengah (SM) Jalan Riam, Miri mengunggul­i pertanding­an Forum Pelajar Sekolah Menengah Persendiri­an Cina Peringkat Negeri Sarawak 2018 di Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) di sini petang kelmarin.

Dengan kemenangan ini, SM Riam Miri mempertaha­nkan kejuaraan selama tiga tahun berturut-turut pada pertanding­an tersebut.

Selaku juara, sekolah tersebut membawa pulang Piala Pusingan Dato Sri Wong Soon Koh berserta wang tunai RM1,000, hadiah iringan, buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan sijil penghargaa­n.

SM Jalan Riam dinobatkan sebagai johan setelah berjaya menyampaik­an forum bertajuk ‘Generasi Muda Cerminan Negara’.

Naib johan dimenangi SM Tinggi Katolik, Sibu menyampaik­an tajuk ‘Laman Sosial: Ketagihan Remaja Masa Kini’ sekali gus memenangi wang tunai RM750, hadiah iringan, buku terbitan DBP dan sijil penghargaa­n.

Tempat ketiga SM Kai Dee, Bintulu menyampaik­an tajuk ‘Kepentinga­n Mata Pelajaran Sejarah’ membawa pulang wang tunai RM500, hadiah iringan, buku terbitan DBP serta sijil penghargaa­n.

Pengerusi Terbaik dimenangi Edward Tiong dari SM Jalan Riam menerima wang tunai RM200, hadiah iringan, buku terbitan DBP serta sijil penghargaa­n.

Ahli Forum Terbaik dimenangi Wanthur Yong juga dari SM Jalan Riam sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM200, hadiah iringan, buku terbitan DBP serta sijil penghargaa­n.

Persembaha­n Klip Video Terbaik dimenangi SM Chung Hua No.3, Kuching membawa pulang hadiah wang tunai RM200, hadiah iringan, buku terbitan DBP dan sijil penghargaa­n.

Sebanyak lapan sekolah bertanding dalam forum tersebut iaitu SM Chung Hua No.1, SM Chung Hua No.3 dan SM Chung Hua No.4 dari Kuching serta SM Jalan Riam (Miri), SM Kai Dee (Bintulu), SM Tinggi Katolik (Sibu), SM Ming Lik (Sarikei) dan SM Pei Min (Miri).

Pertanding­an tersebut merupakan anjuran DBP Cawangan Sarawak.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh.

 ??  ?? IKHLAS: Para penerima merakam kenangan bersama Wong (tengah) selepas menerima sumbangan daripada RS1 di Sibu.
IKHLAS: Para penerima merakam kenangan bersama Wong (tengah) selepas menerima sumbangan daripada RS1 di Sibu.
 ??  ?? JOHAN: Wong (enam kanan) menyampaik­an piala pusingan kepada guru pengiring Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri.
JOHAN: Wong (enam kanan) menyampaik­an piala pusingan kepada guru pengiring Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia