Utusan Borneo (Sarawak)

20 individu masih tunggu kesahihan jadi rakyat M’sia

-

MIRI: Sekurang-kurangnya 20 lagi individu di sini masih menunggu kelulusan permohonan untuk menjadi rakyat sah Malaysia.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, daripada jumlah itu beberapa individu ditolak permohonan kerana dokumen tidak mencukupi.

Beliau berkata, justeru pihaknya akan membantu pemohon termasuk memberi dokumen sokongan bagi memastikan semua permohonan mereka diluluskan.

Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin menambah, sejak penghujung 2016 sehingga semalam, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin menerima lebih 20 permohonan dan 12 permohonan diluluskan.

“Ia mengambil proses yang lama sehingga bertahun-tahun, malah ada yang melalui proses lebih 50 tahun baharu mendapat kelulusan.

“Dalam hal ini kita akan melakukan yang terbaik untuk memastikan mereka yang memohon mendapat kerakyatan,” katanya.

Lee berkata demikian pada sidang media semasa menyaksika­n penyerahan surat kelulusan permohonan kewarganeg­araan daripada Kementeria­n Dalam Negeri, Bahagian Pendaftara­n Negara dan Pertubuhan dan Sijil Kewarganeg­araan Malaysia di UTC Miri semalam.

Surat tersebut diserahkan Pegawai Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Miri Norazizan Hamzah kepada pemohon Chew Yun Fui, 63, di UTC Miri, semalam.

Surat itu akan digunakan Chew untuk mengeluark­an Sijil Kewarganeg­araan Malaysia serta memohon dokumen pengenalan lain yang berkaitan.

Sementara itu, Chew ketika ditemui tersenyum lebar setelah permohonan untuk menjadi rakyat Malaysia menjadi kenyataan selepas lebih 50 tahun menunggu.

Katanya, dalam tempoh tersebut beliau dan keluargany­a sudah berkali-kali membuat permohonan kewarganeg­araan namun ditolak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia