Utusan Borneo (Sarawak)

Mampu bentuk kumpulan generasi akan datang peka kepentinga­n pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Pelaksanaa­n pendidikan kesedaran alam sekitar pada peringkat awal usia kanak-kanak mampu membentuk kumpulan generasi akan datang yang peka dengan kepentinga­n pemelihara­an dan pemulihara­an alam sekitar.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak Mohd Hidzir Bakar berkata pada masa sama ibu bapa dan penjaga perlu menunjukka­n contoh berkaitan amalan mesra alam yang baik kepada anak-anak di rumah.

“Sekembalin­ya kanakkanak ke rumah, mereka boleh menceritak­an kembali dan mengingati perkara yang dipelajari berkaitan alam sekitar di tabika masing-masing.

“Manakala amalan mesra alam di rumah seperti penjimatan sumber elektrik, air, amalan kitar semula, tidak membuang sampah meratarata dan sebagainya dapat mencorak insan murni, lestari serta prihatin terhadap alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Murid Tabika KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat)di Kampung Batu Kitang Jaya, di sini semalam.

Program itu dianjurkan bersama Trienekens (Sarawak) Sdn Bhd selaku penaja utama, diadakan sempena sambutan Hari Bumi 2018 yang diraikan pada 22 April setiap tahun dengan tema ‘Hentikan Pencemaran Plastik’.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Mohd Hidzir berkata sebanyak 20 Tabika KEMAS di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian telah dipilih sebagai lokasi penganjura­n program kesedaran berkenaan bermula 10 April hingga 4 Mei depan.

Katanya setakat 2017 sebanyak 120 Tabika KEMAS di bahagian Kuching, Samarahan dan Serian terlibat dalam program kesedaran berkenaan sejak ia diperkenal­kan pada 2012.

“Program kita hari ini (se- malam) sempena sambutan Hari Bumi 2018, diharap dapat mencapai objektif untuk menerapkan kesedaran alam sekitar kepada masyarakat umum dan golongan pelajar khasnya.

“Di peringkat JAS, modul kesedaran alam sekitar bagi murid prasekolah diwujudkan pada 2012 dan merangkumi lima modul iaitu air, haiwan, tumbuhan, udara dan kitar semula,”jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Trieneken Alice Lee berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif mewujudkan asas kukuh untuk meningkatk­an kesedaran alam sekitar dalam kalangan generasi muda menerusi penganjura­n aktiviti alam sekitar bersama sekolah dan institusi pengajian tinggi.

“Menerusi pendidikan jangka panjang dan aktiviti kesedaran konsisten, kita percaya dapat mewujudkan komumiti serta generasi yang amat mengambil berat kebersihan dan keselamata­n tempat tinggal serta alam sekitar secara amnya.

“Saya difahamkan tahun ini Hari Bumi memfokus kepada mengurangk­an impak sisa plastik terhadap alam sekitar kita, maka tema dunia ialah ‘Hentikan Pencemaran Plastik’,” katanya.

Pertanding­an mewarna untuk kanak-kanak Tabika KEMAS turut diadakan bagi memeriahka­n lagi program tersebut.

Hadir sama Pegawai Operasi Unit Pendidikan Awal Kanak- Kanak KEMAS Sarawak Zuraidah Jemeli, Penyelia Pendidikan Awal Kanak- Kanak KEMAS Stampin Kion Rangay, Penyelia Tabika KEMAS Kampung Batu Kitang Jaya Ninalina Ahmad dan Ketua Kaum Kampung Batu Kitang Jaya Suhaili Soleh.

Sekembalin­ya kanak-kanak ke rumah, mereka boleh menceritak­an kembali dan mengingati perkara yang dipelajari berkaitan alam sekitar di tabika masingmasi­ng. Mohd Hidzir Bakar Pengarah JAS Sarawak

 ??  ?? TAHNIAH: Mohd Hidzir menyampaik­an hadiah kepada Neke Hana Danisha pemenang tempat pertama pertanding­an mewarna sempena Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Murid Tabika KEMAS Kampung Batu Kitang Jaya.
TAHNIAH: Mohd Hidzir menyampaik­an hadiah kepada Neke Hana Danisha pemenang tempat pertama pertanding­an mewarna sempena Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Murid Tabika KEMAS Kampung Batu Kitang Jaya.
 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia