Utusan Borneo (Sarawak)

Bintulu Port sumbang peralatan persekolah­an kepada 30 pelajar Politeknik Kuching

-

KUCHING: Pendekatan sentuhan manusia dan empati membawa Bintulu Port Holdings Berhad (Bintulu Port) buat pertama kali keluar dari kawasan Bintulu menyumbang peralatan persekolah­an kepada 30 pelajar kurang berkemampu­an di Politeknik Kuching di sini semalam.

Pengurus Kanan Perkhidmat­an Korporat Kumpulan Bintulu Port Maslihah Tioh berkata pihaknya sebelum ini telah menjalanka­n pelbagai aktiviti dan program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang menjurus kepada bidang pendidikan di Bintulu dan kawasan pedalaman negeri.

“Saya mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Datuk Mohammad Medan Abdullah dan syarikat amat sukakan program seperti ini terutama dalam membantu pelajar kurang berkemampu­an dalam bidang pendidikan dan setiap sumbangan ini telah kami pastikan bahawa ia mempunyai nilai tambah buat penerima.

“Diharap ia akan berupaya dalam membantu merealisas­ikan impian para pelajar dalam meneruskan pengajian mereka dengan cemerlang,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan ‘You’re Not Alone’ di sini semalam.

Bidang pendidikan hari ini berbanding dahulu amat berbeza, justeru pihak Bintulu Port menjalanka­n aktiviti atau program CSR yang sudah melangkaui kawasan yang dahulunya cuma dilakukan di Bintulu dan kawasan rumah- rumah panjang di pedalaman.

Usaha tersebut akan dijalankan secara berterusan ke bahagian- bahagian lain jika terdapat permintaan dan telah disasarkan menjelang penghujung tahun ini enam sekolah akan dibantu.

Pihak Bintulu Port turut memuji semangat dan kerajinan yang diamalkan pelajar Politeknik Kuching sewaktu melaksanak­an semester terakhir (praktikum) mereka di syarikat berkenaan.

Pada masa yang sama, Pengarah Politeknik Kuching Leftenan Kolonel Bersekutu Kamaludin Daud berkata pihaknya begitu menghargai sumbangan yang diberikan pihak Bintulu Port kepada 30 pelajar daripada Jabatan Perdaganga­n.

“Biasanya pelajar kita pada pengambila­n semester Jun akan mencecah di antara 5,000 kepada 5,800 orang yang mana sebahagian­nya adalah pelajar yang tidak mempunyai kemampuan kewangan.

“Jadi sebab itu, mereka belajar di sini kerana ini adalah sebuah institusi di Sarawak di bawah Kementeria­n Pendidikan Tinggi yang hanya mengenakan yuran RM200 untuk satu semester.

“Tidak akan ada insitusi teknikal yang mengenakan jumlah yuran sebegitu rendah jika kita cari seluruh dunia pun dan RM1,000 untuk lima semester bagi sesi pembelajar­an diploma. Satu semester bersama industri pula tidak dikenakan yuran.

“Justeru, kami melihat ia sebagai keperluan untuk mengadakan program seperti ini bagi mereka yang kurang berkemampu­an,” tambahnya.

Jabatan Perdaganga­n Politeknik Kuching sebelum ini telah banyak melakukan aktiviti yang serupa bertujuan membantu pelajar kurang berkemampu­an dalam institusi berkenaan dan turut merasmikan program ‘You’re Not Alone’ pada Februari lalu.

Beliau amat menghargai setiap sumbangan daripada pihak yang telah menyumbang termasuk Bintulu Port.

Turut hadir Penasihat Community Caring Club (CCC) Politeknik Kuching Suriani Mat Sabu, Eksekutif Kanan, Hal Ehwal Korporat Perkhidmat­an Korporat Kumpulan Bintulu Port Mohd Afiq Jamhari dan Eksekutif Kanan Kemampanan Perkhidmat­an Korporat Kumpulan Bintulu Port Lennywati Bujang.

 ??  ?? PRIHATIN:Maslihah (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan berupa beg kepada salah seorang penerima sumbangan peralatan persekolah­an sambil disaksikan Kamaludin (lima belakang). Turut kelihatan Afiq (dua kiri, belakang) dan Lennywati (empat kanan, belakang)...
PRIHATIN:Maslihah (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan berupa beg kepada salah seorang penerima sumbangan peralatan persekolah­an sambil disaksikan Kamaludin (lima belakang). Turut kelihatan Afiq (dua kiri, belakang) dan Lennywati (empat kanan, belakang)...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia