Utusan Borneo (Sarawak)

JAS Sarawak pastikan kilang, industri patuhi piawaian pelepasan sisa buangan

-

KUCHING: Acara tahunan Kampung Budaya Sarawak (SCV) iaitu Festival Menuai Sedunia yang dijenama semula kepada Festival Menuai dan Budaya Rakyat Sarawak (SHFF) diadakan pada 27 hingga 29 April.

Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak ( SEDC) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata, festival berkenaan merupakan permulaan kepada sambutan perayaanGa­waiDayakse­luruh negeri yang dianjurkan untuk mewujudkan perayaan etnik berwarna-warni dan bertenaga.

Program merupakan anjuran SCV dan disokong Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan serta SEDC.

“Ia juga menyasarka­n untuk meraikan kepelbagai­an dan perbezaan kumpulan etnik di Sarawak dan membantu kedua-dua warga tempatan dan asing meningkatk­an kefahaman mereka tentang budaya lain di dunia,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Maka itu, ia adalah tempat ideal kepada mereka daripada pelbagai latar belakang berbeza untuk bertemu, berbincang serta membanding­kan perbezaan budaya tradisiona­l melalui pertukaran idea, tarian, muzik, seni dan kraf.

“Kami menyasarka­n 8,500 pengunjung untuk festival, yang dipromosik­an secara digital melalui Facebook, Instagram dan Twitter, selain laman web rasmi www. sarawakhar­vestfest.com dan promosi sekitar Kuching serta semasa pameran perdaganga­n di Kuala Lumpur baru-baru ini,” jelasnya.

Antara acara kemuncak pada festival pada tahun ini termasuk drama muzikal ‘Rentap-The Untold Story’ yang dipentaska­n pada 28 April di SCV, pusingan akhir Ratu Cantik Kebudayaan Festival Menuai 2018 pada 27 April iaitu jam 9 malam dengan ‘Miss Talent’ turut diadakan pada siang harinya.

Selain itu Konsert Sape Sedunia dan bengkel juga diadakan pada 29 April di Teater SCV dan ‘ Tribal Ironman Challenge 2018’ diadakan sepanjang 27 hingga 29 April.

Bagi penggemar makanan, Pertanding­an Masakan Dapur Sarawak akan dianjurkan bersama Persatuan Chef Kuching.

Tiket berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak dan ia boleh dibeli secara dalam talian di www. sarawakhar­vestfest. com.

Hadir sama pada majlis semalam, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sarawak Mary Wan Mering dan Pengurus Besar SCV Jane Lian Labang.

Maklumat lanjut dan tempahan boleh menghubung­i Grace atau Rashida di talian 082-826108/411 atau e-mel ke enquiry@scv.com.my. KUCHING: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak akan memastikan kilang dan industri mematuhi piawaian pelepasan sisa buangan ditetapkan walaupun pencemaran alam sekitar di negeri ini masih dalam keadaan terkawal.

Pengarah JAS Sarawak Mohd Hidzir Bakar berkata, pelepasan sisa kilang dan industri merupakan antara penyumbang kepada pencemaran alam sekitar di negeri ini.

Tambahnya, menjadi fokus dan tugas utama jabatan itu untuk memastikan semua kilang dan industri di Sarawak mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Kita sentiasa pantau had pelepasan kilang dan industri di negeri ini bagi memastikan kualiti alam sekitar sentiasa pada tahap baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Perasmian Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Murid Tabika KEMAS Kam- pung Batu Kitang Jaya di sini, semalam.

Mohd Hidzir berkata sebagai contoh pencemaran sungai di Sarawak banyak terjadi apabila berlakunya banjir yang mengalirka­n input pertanian seperti baja dan racun ke dalam sungai.

“Kadangkala fenomena tersebut disebabkan banyak faktor dan kita tidak boleh mengatakan ia daripada satu punca tertentu sahaja.

“Oleh sebab itu, kalau kita tengok kes-kes dilaporkan sebelum ini, seperti ikan mabuk atau mati, satu sebabnya ialah kekurangan kandungan oksigen dalam air yang disumbang oleh pengaliran bahan-bahan organik ke dalam sungai semasa banjir berlaku,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Mohd Hidzir berkata, JAS Sarawak bersama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) memantau rapat semua aktiviti yang boleh menyumbang kepada kejadian jerebu di negeri ini.

Ini katanya, berikutan cuaca kering yang telah melanda Sarawak dan dijangka berterusan sehingga September akan datang.

Beliau berkata, kerjasama antara JAS Sarawak dan NREB adalah di bawah skop dan bidang kuasa masingmasi­ng, ia sudah menjadi rutin selama ini.

“Bagi kes titik panas, kami bekerjasam­a erat dengan NREB, cuma JAS melakukan apa yang berada dalam bidang kuasa kami.

“Maknanya NREB akan lebih memfokus kepada pengesanan titik panas dan aktiviti pembakaran terbuka oleh ladang-ladang manakala JAS memberi penekanan kepada pencemaran daripada kilang memproses kelapa sawit. Kedua-dua angensi ini saling berkaitan,” jelasnya.

Katanya kedua-dua agensi sudah mula turun padang memantau keadaan di lapangan dan maklumat yang diperoleh akan dikongsi bersama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia