Utusan Borneo (Sarawak)

KRT di Sri Aman cecah 54 termasuk di Lubok Antu

-

SRI AMAN: Bilangan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bahagian Sri Aman telah mencecah 54, terbahagi kepada dua daerah iaitu daerah Sri Aman dan daerah Lubok Antu setakat ini.

M e n t e r i M u d a Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Simanggang terdapat 24 KRT manakala 18 Skim Rondaan Sukarela (SRS) telah diwujudkan.

“Kawasan Rukun Tetangga Ulu Undop Zon 2 ini merupakan KRT yang baharu lulus.

“Masih ada juga KRT yang saya cadangkan masih dalam proses kelulusan daripada pihak ibu pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia di Putrajaya iaitu KRT Sungai Tenggak dan Ulu Undop Zon 1.

“Ketika ini saya masih dalam proses merancang dan berbincang dengan pegawai Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman untuk melebarkan penubuhan KRT khasnya di kawasan DUN Simanggang ini,” ujarnya.

Harden yang juga ADUN Simanggang berkata demikian ketika berucap semasa melancarka­n Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Ulu Undop Zon 2 di Rumah Bandi, Sebangkoi Undop dekat sini, baru-baru ini.

“Dengan wujudnya KRT di DUN Simanggang, saya berharap sesiapa yang dilantik dalam jawatankua­sa nanti memainkan peranan memelihara, meningkat dan memperkuku­h perpaduan serta keharmonia­n masyarakat yang berbilang kaum tanpa mengira umur dan warna kulit,” tegas beliau.

Menyentuh mengenai kejayaan dan kemajuan pada hari ini, Harden berkata banyak perkara telah dicapai kerajaan dalam semua aspek pembanguna­n seperti sosial, ekonomi, pendidikan dan kesihatan.

“Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah peka dengan sumbangan kerajaan dan pengorbana­n para pemimpin kita yang telah berjuang dalam memelihara kesejahter­aan rakyat demi perpaduan dalam negara kita, bukannya menganggap sambil lewa pengorbana­n dan usaha yang telah dibuat oleh kerajaan,” jelasnya.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Pengerusi KRT Ulu Undop Zon 2 Kaunselor Gerunsin Nyelang, Tuai Rumah Bandi serta yang lain.

 ??  ?? RASMI: Harden memukul gong sambil diperhatik­an Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Gerunsin (lima kiri) serta yang lain semasa melancarka­n KRT berkenaan, baru-baru ini.
RASMI: Harden memukul gong sambil diperhatik­an Ahmad Noorkamal Abdul Malek, Gerunsin (lima kiri) serta yang lain semasa melancarka­n KRT berkenaan, baru-baru ini.
 ??  ?? SEMPURAI
SEMPURAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia