Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n belum putus haramkan sepenuhnya penggunaan styrofoam di seluruh negeri

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyerahka­n kepada budi bicara pihak berkuasa tempatan ( PBT) sama ada untuk menguatkua­sakan larangan terhadap penggunaan styrofoam atau sebaliknya.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, sehingga kini pihak kementeria­n masih belum memutuskan untuk mengharamk­an sepenuhnya penggunaan styrofoam di seluruh negeri.

“Bagaimanap­un, PBT digalakkan mengambil langkah mengurang dan akhirnya menghentik­an penggunaan styrofoam memandangk­an ia mengambil masa yang lama untuk dilupuskan,” katanya Ahad lalu.

Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

Terdahulu beliau diminta mengulas langkah Majlis Perbandara­n Kota Samarahan ( MPKS) mengharamk­an penggunaan plastik dan styrofoam untuk tujuan pembungkus­an.

MPKS merupakan PBT kedua selepas Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) melarang penggunaan s t y r o f o a m u n t u k pembungkus­an makanan.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) Sempurai Petrus Ngelai berkata, pihaknya telah menguatkua­sakan larangan penggunaan bekas makanan styrofoam di kawasan seliaannya sejak Februari 2017.

“M D L B S t e l a h mengeluark­an surat amaran dan juga secara lisan kepada pihak yang masih gagal mematuhi arahan berkenaan,” ujar beliau.

Katanya, pihaknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan larangan berkenaan dipatuhi sepenuhnya.

“Kadangkala dalam beberapa kes pemilik kedai memberi alasan mereka masih mempunyai stok lama,” ujar beliau.

Justeru beliau berharap amalan untuk tidak menggunaka­n styrofoam diperluas ke seluruh masyarakat untuk menjaga alam sekitar.

 ??  ?? PENGUANG
PENGUANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia