Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan mewujudkan pejabat Kementeria­n Kebajikan di Betong perancanga­n terbaik

-

BETONG: Cadangan mewujudkan pejabat Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak di Betong merupakan perancanga­n terbaik membangunk­an usahawan wanita berjaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu berkata kaum wanita dilihat begitu fokus menjana pendapatan bagi menampung kehidupan keluarga masing-masing.

“Kegigihan kaum wanita dalam penghasila­n produk kraf tangan boleh menjanjika­n pendapatan l umayan bagi membantu menjana pendapatan keluarga.

“Pada masa sama ia dapat memberi peluang kepada mereka menjadi usahawan berjaya dengan penghasila­n pelbagai produk selari dengan kehendak pasaran dan keperluan peringkat global.

“Seiring itu juga mereka perlu pantas untuk mengambil peluang bersaing dalam kepelbagai­an produk yang dihasilkan dengan ciriciri budaya tempatan yang diminati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas Kursus Keusahawan­an Wanita pada majlis Penangguha­n Mega WWTC@Betong di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini Ahad lalu.

Jelasnya, melalui kursus dianjurkan dapat memberi p e l u a n g m e n a m b a h kemahiran peserta dan merancakka­n perkembang­an pesat industri kraf tangan.

“Seramai 400 peserta daripada kalangan wanita di Parlimen Betong mengambil menyertai tiga kursus melibatkan Kursus Anyaman Tudung Saji, Kursus Kecantikan serta Kursus Urutan dan SPA.

“Program Mega WWTC@ Betong adalah lanjutan perancanga­n diusahakan kementeria­n terbabit memberi peluang usahawan wanita bergiat cergas dalam perniagaan,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Rentap menerima cenderamat­a daripada wakil kementeria­n tersebut setelah penyempurn­aan majlis itu.
PENGHARGAA­N: Rentap menerima cenderamat­a daripada wakil kementeria­n tersebut setelah penyempurn­aan majlis itu.
 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Rombongan IPD Julau bersama PERKEP Julau mengadakan lawatan ke Wad Kanak-Kanak Hospital Sarikei.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Rombongan IPD Julau bersama PERKEP Julau mengadakan lawatan ke Wad Kanak-Kanak Hospital Sarikei.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia