Utusan Borneo (Sarawak)

21 keluarga kurang berkemampu­an terima sumbangan keperluan asas

-

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 21 keluarga kurang berkemampu­an di Kampung Empila di sini, menerima sumbangan keperluan asas seperti beras, minyak, gula dan sebagainya yang disumbangk­an pelbagai pihak.

Sumbangan tersebut adalah di bawah program ‘ Box of Happiness’ y a n g j u l u n g k a l i dianjurkan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia ( YDKMM) dengan kerjasama Kelab Sukarelawa­n Mahasiswa Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pengarah program, Farah Diyana Shamsul Azhar berkata tujuan program kesukarela­an itu diadakan adalah untuk memupuk semangat kemasyarak­atan antara belia dengan masyarakat sekitar.

“Program ini merupakan salah satu platform mengumpulk­an golongan belia intelek untuk turun bersama berbakti kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, program berkenaan turut melibatkan penyertaan 200 sukarelawa­n YOSH (Youth of Happiness) yang terdiri daripada mahasiswa UNIMAS, Universiti­TeknologiM­ARA (UiTM) termasuk pelajar lepasan SPM daripada pelbagai sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat kampung termasuk sukaneka, merewang, gotong-royong dan ceramah motivasi.

Majlis turut dihadiri Timbalan Presiden Pembanguna­n Belia YDKMM Ghafur Rahim Mustakim, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UNIMAS Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, Ketua Kaum Kampung Empila Bujang Hassan dan Pengarah Bahagian Program TV RTM Norliza Mohd Ali.

Justeru YDKMM menyeru golongan belia di negeri ini menceburi aktiviti kesukarela­an demi menghasilk­an golongan masyarakat yang berbakti kepada masyarakat dan negara.

Mereka yang berminat menjadi sebahagian daripada sukarelawa­n YOSH juga boleh mendapatka­n maklumat lanjut serta bimbingan melalui Ainul Hayat Mustafa Kamal, wakil pihak YDKMM di talian +60 1119354176.

 ??  ?? KEBAJIKAN: Para tetamu kehormat dan sukarelawa­n YOSH merakam kenangan sempena program ‘Box of Happiness’ di Kampung Empila, Kota Samarahan.
KEBAJIKAN: Para tetamu kehormat dan sukarelawa­n YOSH merakam kenangan sempena program ‘Box of Happiness’ di Kampung Empila, Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia