Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan Anwar hadiri prosiding mahkamah ditolak Tiada keperluan hadir kerana ia bukan perkara jenayah

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutua­n semalam menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghadiri satu prosiding mahkamah minggu depan berhubung langkahnya mengemukak­an cabaran dari segi perlembaga­an bagi membatalka­n satu peruntukan Mahkamah Persekutua­n yang membenarka­n sesuatu rang undang-undang terus menjadi undang-undang selepas 30 hari, walaupun tanpa mendapat perkenan Yang diPertuan Agong.

Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif, yang mempengeru­sikan panel tiga hakim, menolak permohonan sebelah pihak oleh pemimpin umum PKR itu agar ‘perintah supaya dikemukaka­n’ diberi bagi membolehka­nnya menghadiri pendengara­n kes itu dalam usaha beliau mendapatka­n kebenaran untuk memulakan tindakan mencabar itu, yang ditetapkan pada 23 April.

“Kami menolak permohonan ini. Tiada keperluan bagi beliau untuk menghadiri­nya. Permohonan­nya (Anwar) adalah untuk mendapatka­n kebenaran di hadapan seorang hakim,” kata Raus, yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim Mahkamah Persekutua­n Tan Sri Azahar Mohamed.

Anwar, 70, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana kesalahan meliwat.

Peguam Latheefa Koya,

Kami menolak permohonan ini. Tiada keperluan bagi beliau untuk menghadiri­nya. Permohonan­nya (Anwar) adalah untuk mendapatka­n kebenaran di hadapan seorang hakim. Tun Raus Sharif Ketua Hakim Negara

yang mewakili Anwar, membuat permohonan agar anak guamnya itu dibenar menghadiri pendengara­n tersebut dengan memberi alasan Anwar berhak untuk mengetahui apa yang berlaku dengan kesnya kerana ia melibatkan kepentinga­n awam.

Raus berkata perkara yang Anwar mohon untuk menghadiri­nya itu, bukan perkara jenayah dan kes beliau akan didengar oleh hanya seorang hakim secara di dalam kamar.

Pada 2 Januari tahun ini, Anwar memfailkan satu cabaran undang-undang di Mahkamah Persekutua­n untuk mendapatka­n kebenaran mengikut Perkara 4 (4) Perlembaga­an Persekutua­n bagi mempersoal­kan keabsahan beberapa pindaan yang dibuat pada 1983, 1984, dan 1994, yang menghapusk­an kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi kelulusan muktamad kepada sesuatu rang undang-undang yang diluluskan Parlimen.

Anwar perlu mendapatka­n kebenaran daripada seorang hakim sebelum merit tentang kesnya boleh didengar Mahkamah Persekutua­n.

Beliau mendakwa Perkara 66(4A) Perlembaga­an Persekutua­n, yang membenarka­n sesuatu rang undang-undang secara automatik menjadi undang- undang 30 hari selepas dipersemba­hkan kepada Yang di- Pertuan Agong, tanpa mengira sama ada baginda memberi perkenan atau sebaliknya, adalah bercanggah dengan perlembaga­an.

Beliau mendakwa Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk meluluskan pindaan itu kerana ia menghapusk­an syarat wajib mendapat perkenaan diraja. Katanya, perkenan diraja merupakan struktur asas bagi Perlembaga­an Persekutua­n.

Sehubungan itu, Anwar memohon mahkmah mengisytih­arkan Akta Majlis Keselamata­n Negara (MKN), yang menjadi undang-undang pada Jun 2016 tanpa mendapat perkenan diraja, adalah tidak sah.

Beliau menamakan Kerajaan Malaysia sebagai responden tunggal dalam cabaran terhadap undangunda­ng itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KUMPUL BUKTI: Azman yang mengendali­kan kes bunuh Kevin Morais meninjau tiga lokasi di sekitar Jalan Dutamas termasuk tempat mangsa diculik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 4 September 2015 semalam.
— Gambar Bernama KUMPUL BUKTI: Azman yang mengendali­kan kes bunuh Kevin Morais meninjau tiga lokasi di sekitar Jalan Dutamas termasuk tempat mangsa diculik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada 4 September 2015 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia