Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita didakwa tipu jual beli jam tangan, cincin berlian lebih RM200,000

-

KUALA LUMPUR: Seorang wanita didakwa di tiga Mahkamah Majistret berasingan di sini semalam, atas lima pertuduhan menipu urusan jual beli jam tangan dan cincin berlian berjumlah lebih RM200,000.

Lau Yin Ling Inez, 27, yang tidak bekerja, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som, Maizatul Munirah Abdul Rahman dan Siti Radziah Kamarudin.

Bagi pertuduhan pertama, wanita itu didakwa memperdaya­kan Jonathan Lourdes, 30, dengan mendorong mangsa menyerahka­n dua utas jam tangan berjenama Breitling dan Tag Heuer bernilai RM37,000 menggunaka­n transaksi pembayaran dipercayai palsu di Midvalley di sini, pada jam 1.35 petang, 12 Mac lalu.

Wanita itu juga dituduh menipu Rosilah Subari, 46, dengan memperdaya­kannya melalui urusan pembelian dua cincin berlian sehingga mangsa mempercaya­i bahawa tertuduh membuat pindahan wang RM26,900 ke dalam akaun Maybank, dan mendorong mangsa menyerahka­n dua bentuk cincin berlian yang mana mangsa tidak akan menyerahka­n barang kemas itu sekiranya tidak diperdayak­an sedemikian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di St Mary Resident, Jalan Tengah di sini, pada jam 12.10 tengah hari, 3 Mac lepas.

Tertuduh juga didakwa menipu Retheuwan Wan Chik, 79, dengan menunjukka­n satu resit pembayaran HSBC yang mana nombor resit itu tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahka­n seutas jam tangan jenama Rolex dan koleksi syiling Royal Wedding di Mac Cafe Intermark PU3, Jalan Tun Razak di sini, pada 7 Feb lalu.

Dia juga dituduh menipu Lau Chew Weng, 33, dengan memperdaya­kan mangsa sehingga mempercaya­i bahawa tertuduh ingin membeli jam tangan bernilai RM80,000 menggunaka­n transaksi pembayaran dipercayai palsu sehingga mendorong mangsa menyerahka­n satu utas jam tangan kepadanya di Bangsar South Camille Service Resident, di Brickfield­s pada 11.30 pagi 10 Jan lepas.

Bagi pertuduhan kelima, dia didakwa menipu Aida Othman, 38, dengan memperdaya­kan mangsa sehingga mempercaya­i bahawa tertuduh berminat membeli seutas jam tangan jenama Rolex Oyster Perpetual bernilai RM59,000 menggunaka­n transaksi pembayaran dipercayai palsu dan dengan curangnya mendorong mangsa menyerahka­n jam tangan itu kepada tertuduh di Restoran Decanter di Brickfield­s, 7 petang 4 Feb lalu.

Kesemua pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia