Utusan Borneo (Sarawak)

Pakej ditawarkan syarikat masih tidak memenuhi kehendak dan keupayaan rakyat

-

CYBERJAYA: Syarikat penyedia perkhidmat­an Internet disaran bersaing secara sihat bagi menawarkan pakej perkhidmat­an Internet yang mampu dilanggan oleh rakyat negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ketika ini pakej Inter- net yang ditawarkan masih tidak memenuhi kehendak dan keupayaan rakyat yang mempunyai pelbagai latar belakang ekonomi.

“Pada hari ini pengguna boleh melanggan untuk perkhidmat­an Internet berkelajua­n tinggi pada harga bermula pada RM128 untuk 10Mbps, di samping ada yang menawarkan pelan sehingga 100Mbps pada harga RM179,” katanya dalam ucapan perasmian rangkaian Internet terbuka, iFiber di sini semalam.

Kadar harga yang ditawarkan masih tidak mencapai hasrat rakyat yang inginkan harga langganan yang mampu ditanggung mereka dan dalam

Pada hari ini pengguna boleh melanggan untuk perkhidmat­an Internet berkelajua­n tinggi pada harga bermula pada RM128 untuk 10Mbps, di samping ada yang menawarkan pelan sehingga 100Mbps pada harga RM179. Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia

pasaran terbuka, persaingan adalah asas untuk menyediaka­n perkhidmat­an pada harga yang mampu dibayar pelanggan, kata beliau lagi.

Justeru, beliau berharap iFiber yang dilancarka­n semalam membawa daya saing antara syarikat penyedia perkhidmat­an internet, sekali gus membawa penuru- nan harga dan menghasilk­an pelan langganan internet yang memenuhi kehendak rakyat.

iFiber merupakan sistem pengendali rangkaian internet terbuka yang membolehka­n pengguna melanggan terus internet pada bila-bila masa secara dalam talian dan dapat menukar pakej mengikut keperluan dalam beberapa saat.

Dalam pada itu, Salleh mahu peniaga kecil dan sederhana, usahawan serta syarikat sedang membangun menguasai teknologi era digital bagi memperkasa­kan bidang perniagaan mereka.

“Dunia perniagaan telah berubah akibat teknologi dig- ital. Ramai membuat pembelian menggunaka­n teknologi digital di waktu malam, hari minggu dan musim jualan atau perayaan.

Dengan menguasai e-dagang, usahawan wanita, belia dan masyarakat amnya tidak lagi ketinggala­n malahan mampu bersaing secara adil,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK BAKAT: Salleh (duduk kanan) mencuba permainan video selepas merasmikan iFiber Gigacity Cyberjaya di Magic dekat Cyberjaya, semalam. Turut kelihatan Pengarah iFiber Sdn Bhd Wan Mohalina (berdiri dua, kiri) dan Pengerusi Eksekutif Setia Haruman...
— Gambar Bernama TUNJUK BAKAT: Salleh (duduk kanan) mencuba permainan video selepas merasmikan iFiber Gigacity Cyberjaya di Magic dekat Cyberjaya, semalam. Turut kelihatan Pengarah iFiber Sdn Bhd Wan Mohalina (berdiri dua, kiri) dan Pengerusi Eksekutif Setia Haruman...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia