Utusan Borneo (Sarawak)

Sasaran kebolehpas­aran graduan IPT dicapai lebih awal

-

JOHOR BAHRU: Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) yakin sasaran 80 peratus kebolehpas­aran graduan institut pengajian tinggi (IPT) dapat dicapai lebih awal berbanding sasaran pada 2025.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (IPTA) Prof Dr Noor Azizi Ismail berkata, kadar kebolehpas­aran pada tahun lalu adalah 79 peratus, menunjukka­n peningkata­n empat peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2013.

“Secara keseluruha­n, tahap kebolehpas­aran graduan pada 2017 adalah 79 peratus, meningkat daripada 77 peratus pada 2016. Peningkata­n ini kita lihat berlaku sejak 2013 lagi dan kita jangka akan dapat capai 80 peratus sebelum 2025.

“Permintaan paling tinggi pada masa ini adalah graduan dalam bidang Pendidikan Te- knikal dan Latihan Vokasional ( TVET) sebab kalau kita tengok sekarang pun ramai graduan kita yang terus mendapat pekerjaan di Singapura, China dan Timur Tengah,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 2018 dan MyCareer @ MOHE dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan Tinggi di Dewan Sultan Iskandar, di sini semalam.

Beliau turut menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara UTM dan tiga syarikat swasta iaitu CareerTour Sdn Bhd, AMR Environmen­tal Sdn Bhd dan GTEX Asia Sdn Bhd, yang bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui perkembang­an dunia pekerjaan pada masa kini.

Dalam pada itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pela- jar Prof Dr Durrishah Idrus berkata karnival kerjaya itu akan menyediaka­n 8,000 peluang pekerjaan, selain 2,000 peluang latihan industri.

“Karnival kerjaya ini kita buka kepada semua, tidak hanya kepada penuntut UTM tetapi juga kepada penuntut dari universiti lain, kolej dan pelajar sekolah menengah.

“Ia bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai kehendak pasaran pekerjaan, yang mana mereka boleh merancang dari awal ke mana mereka akan pergi selepas tamat pengajian terutamany­a mereka yang mencari tempat untuk membuat latihan industri,” katanya.

Ini merupakan kali ke-24 program tahunan ini dilaksanak­an dan ia melibatkan 61 syarikat dengan sasaran memastikan pelajar terus mendapat pekerjaan sebaik tamat pengajian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia