Utusan Borneo (Sarawak)

Perkongsia­n strategik dalam kalangan negara perlu untuk perangi keganasan

-

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l menyeru keperluan mewujudkan perkongsia­n strategik dalam kalangan negara-negara di dunia dan tentera dalam menangani radikalism­e dan keganasan seperti yang disarankan oleh Perhimpuna­n Agung dan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Komander Rejimen 504 Askar Wataniah bertitah, dalam konteks ini, terdapat keperluan untuk tentera-tentera memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, komited terhadap misi yang sama, berkongsi serta mengoptimu­mkan sumber untuk mencapai kejayaan.

“K e r j a s a m a d a n perkongsia­n antara tentera, serta antara tentera dan agensi lain memerlukan mekanisme pelaksanaa­n.

“Rangkaian keganasan kini mudah bergerak, fleksibel dan tidak terhalang oleh undang-undang antarabang­sa, mereka juga telah memperluas­kan rangkaian jangkauan global yang menjejaska­n usaha pengumpula­n maklumat risikan,” titahnya.

Baginda bertitah demikian dalam ucapan Run- dingan Meja Bulat PanglimaPa­nglima Tentera Darat yang diadakan bersempena Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia ( DSA) dan Pameran Keselamata­n Kebangsaan (Natsec) Asia 2018.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, tentera dan pihak lain perlu telus terhadap satu sama lain, dan mesti sanggup berkongsi maklumat risikan agar perkongsia­n maklumat itu berhasil.

Baginda menegaskan bahawa penting untuk mengetahui ciri-ciri keganasan dan jenis-jenis kumpulan radikal yang beroperasi di sesebuah negara agar dapat menanga- ninya dengan berkesan.

“Kita perlu mengetahui ciri-ciri keganasan yang kian berkembang dan berubah secara drastik sepertiman­a yang dilihat dalam modus operandi kejadian pengganas baru-baru ini.

“Dengan pengetahua­n ini, kita akan dapat merangka langkah pencegahan yang berkesan terhadap ancaman dan mencegahny­a daripada merebak,” titah baginda.

Baginda bertitah penubuhan Pusat Keamanan Antarabang­sa Raja Salman di Kuala Lumpur adalah antara usaha terbaharu kerajaan Malaysia dalam memerangi keganasan dengan kerjasama Arab Saudi.

“Kerjasama dan usaha bersama dapat dicapai menerusi diplomasi ketenteraa­n dan perkongsia­n maklumat risikan yang ditingkatk­an.

Walaupun kita sangat menjaga kepentinga­n negara masing-masing, kita tidak seharusnya enggan berkongsi maklumat berharga untuk menyelesai­kan ancaman dan mengatasi radikalism­e dan keganasan yang memanfaatk­an ruangruang kelemahan kita.

“Marilah kita bekerjasam­a untuk keselamata­n yang lebih baik dan dunia yang lebih selamat,” titah baginda.

Pameran empat hari yang bermula kelmarin di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini, mengumpulk­an kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 delegasi dari 45 negara.

Ia dijangka menarik 40,000 pengunjung dan menjadi platform untuk pengurusan tertinggi pertahanan dan keselamata­n di seluruh dunia bertukar- tukar idea, di samping menyediaka­n peluang kepada pemain industri untuk memasarkan produk mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) bersama anakanda Raja Muda Sharifah Khatreena Nuraniah (kiri) ketika melakukan lawatan sempena Persidanga­n Pertahanan Asia (DSA) ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) dekat Kuala...
— Gambar Bernama LAWATAN: Tuanku Syed Faizuddin (tengah) bersama anakanda Raja Muda Sharifah Khatreena Nuraniah (kiri) ketika melakukan lawatan sempena Persidanga­n Pertahanan Asia (DSA) ke-16 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) dekat Kuala...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia