Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an penjagaan kesihatan terbaik kepada rakyat Malaysia

-

PUTRAJAYA: Sektor penjagaan kesihatan di Malaysia mempunyai impak yang tinggi sepanjang lima tahun lepas menerusi inisiatif transforma­si kesihatan yang berterusan bagi menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan terbaik untuk rakyat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramania­m.

Beliau berkata pelbagai program dibentuk dan disesuaika­n dengan terperinci bagi memperkuku­hkan penyampaia­n perkhidmat­an kesihatan serta memperting­katkan tahap keperluan perkhidmat­an kesihatan rakyat.

Dr Subramania­m berkata, antara kejayaan yang dicapai ialah menyediaka­n perkhidmat­an pakar dalam setiap kumpulan hospital kluster bagi menentukan penggunaan sumber manusia yang optimum selain mengelakka­n kesesakan di hospital besar, mewujudkan pusat bersalin berisiko rendah dan farmasi dengan perkhidmat­an nilai tambah di mana ubat-ubatan dihantar terus ke rumah pesakit dengan caj minimum sebanyak RM5.

“Perkhidmat­an kesihatan di Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n purata antara 16 hingga 17 peratus setiap tahun.

Dalam 2016 industri pelanconga­n kesihatan berkembang 23 peratus yang menjana pendapatan sebanyak RM1.12 bilion daripada lebih 900,000 pelancong kesihatan.

“Ini kerana kita mempunyai sistem kesihatan yang menyeluruh dengan sistem rangkaian penjagaan kesihatan utama pada harga yang berpatutan.

Ini sejajar dengan visi negara untuk menyediaka­n perkhidmat­an kesihatan terbaik dan melindungi kesihatan rakyat,” katanya ketika membentang­kan laporan ‘Perjalanan Penjagaan Kesihatan: Kementeria­n Kesihatan Malaysia’ di sini.

Untuk tahun ini, Dr Subramania­m berkata penjagaan kesihatan negara setelah mengenal pasti bidang utama seperti mempromosi­kan Malaysia sebagai hab bagi kesuburan dan kardiologi dalam usaha menjadi destinasi utama global bagi penjagaan kesihatan.

“Kita juga mahu mem- perkenalka­n program Hospital Pelanconga­n Perubatan Utama yang menawarkan insentif kepada hospital swasta bagi menarik lebih ramai pelancong perubatan. Tujuan kita adalah untuk mencapai sasaran pertumbuha­n antara 20 hingga 30 peratus dalam penjagaan kesihatan menjelang 2020 dengan pendapatan menjangkau RM2 bilion,” katanya.

Mengenai projek terkini beliau berkata, pihak Kementeria­n berhasrat mewujudkan sistem ambulans berasaskan komuniti seperti perkhidmat­an teksi e-hailing bagi perkhidmat­an lebih cepat dan efisien dari segi jangka masa tiba di tempat kemalangan bagi menghulurk­an bantuan.

“Buat masa sekarang, kami telah memulakan projek perintis di Klang, Selangor dan sekiranya berjaya kami akan melaksanak­annya ke seluruh negara pada penghujung tahun.

“Kami akan melaksanak­an- nya tahap demi tahap. Hasrat kami supaya ambulan tidak tersadai di hospital.

“Kami mahu ia sebagai satu entiti yang berasingan seperti perkhidmat­an ambulan St John agar dapat bertindak lebih pantas terhadap sebarang kes,” katanya.

Persembaha­n laporan selama dua jam itu juga menyentuh mengenai inisiatif baharu kementeria­n yang dikenali sebagai Penjagaan Kesihatan Primer Yang Diperingka­tkan (EnPHC) di mana rekod kesihatan rakyat Malaysia akan berpusat di satu pangkalan data yang boleh diakses oleh pembekal perkhidmat­an kesihatan kerajaan dan swasta dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanak­an Akta Perubatan Tradisiona­l dan Komplemant­ari 2015, bagi menentukan para pengamal berkeupaya­an menyediaka­n perkhidmat­an yang selamat dan berkualiti kepada pesakit berdasarka­n bukti saintifik. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: S.Subramania­m (kanan) bersama warga kementeria­nnya selepas menyampaik­an perkongsia­n ‘ The Journey of Healthcare’ di Kementeria­n Kesihatan dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: S.Subramania­m (kanan) bersama warga kementeria­nnya selepas menyampaik­an perkongsia­n ‘ The Journey of Healthcare’ di Kementeria­n Kesihatan dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia