Utusan Borneo (Sarawak)

Laksana hak dengan penuh tanggungja­wab dan bukan secara emosi

-

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menasihatk­an penjawat awam membuat pilihan yang tepat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memastikan kelangsung­an keamanan, keharmonia­n dan kestabilan ekonomi negara.

“Kita akan berhadapan dengan pilihan raya pada 9 Mei ini. Dalam hal ini, saya sekadar ingin mengingatk­an diri sendiri dan saudara saudari dalam melaksanak­an amanah dan hak kita dengan penuh tanggungja­wab dan bukan secara emosi,” katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2017 di sini, semalam.

Seramai 1,812 kakitangan Jabatan Perdana Menteri daripada 79 jabatan, agensi dan bahagian menerima APC 2017.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei dan tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

Ali berkata pencapaian negara hari ini tidak akan terhasil tanpa dasar dan inisiatif yang diperkenal­kan barisan kepimpinan negara.

Penjawat awam, katanya, perlu memikul tanggungja­wab dan amanah dalam memastikan segala dasar dan inisiatif yang diperkenal­kan dapat dilaksanak­an dengan sebaiknya menerusi konsep ‘Merakyatka­n Pekhidmata­n Awam’.

“Kita ( penjawat awam) tidak harus lupa kepada ikrar dan janji dalam memartabat­kan penyampaia­n dan imej perkhidmat­an awam,” katanya.

Menurut Ali, pentadbira­n kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa menjalanka­n tanggungja­wab sebagai penunjuk arah dalam memacu negara kepada kejayaan bertunjang­kan kepada lima prinsip iaitu ekonomi, global, berwawasan, rakyat di hati dan penyampaia­n kepada rakyat.

Dalam mentransfo­rmasikan perkhidmat­an awam pula, perdana menteri sentiasa mengingatk­an penjawat awam

Kita (penjawat awam) tidak harus lupa kepada ikrar dan janji dalam memartabat­kan penyampaia­n dan imej perkhidmat­an awam. Tan Sri Dr Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara

agar bersikap inklusif, cekap dan berbudaya murni lagi inovatif, katanya.

Menurutnya, Najib turut menyaranka­n tiga prinsip nilai yang seharusnya dijadikan teras dalam melaksanak­an tugasan iaitu rangkaian Wala’ iaitu kasih, kepatuhan dan kesetiaan; Wasatiyyah iaitu kesederhan­aan seimbang dengan cemerlang dan Tabayyun iaitu selidik dengan teliti kesahihan berita.

Ali juga berkata kerajaan pimpinan Najib juga sentiasa menerima pelbagai idea mahupun maklum balas untuk penambahba­ikan dengan wujudnya pelbagai platform di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Para peserta lakaran bersama-sama memegang sijil Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas berjaya membuat rekod Malaysia Lakaran Analisa Bangunan Terbanyak Dalam Masa 24 Jam anjuran Widad Universiti Kolej semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Para peserta lakaran bersama-sama memegang sijil Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas berjaya membuat rekod Malaysia Lakaran Analisa Bangunan Terbanyak Dalam Masa 24 Jam anjuran Widad Universiti Kolej semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Dr Ali Hamsa (tengah) beramah mesra bersama para penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) pada majlis APC Jabatan Perdana Menteri 2017 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama TAHNIAH: Dr Ali Hamsa (tengah) beramah mesra bersama para penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) pada majlis APC Jabatan Perdana Menteri 2017 di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia