Utusan Borneo (Sarawak)

SIP ringankan beban golongan diberhenti­kan kerja

-

KOTA BHARU: Bagi Mohd Effi Seman, bayaran Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sebanyak RM600 sebulan akan digunakan antaranya untuk membayar sewa rumah dalam tempoh beliau mencari pekerjaan baharu.

Mohd Effi, 30, dari Pasir Mas dibehentik­an kerja pada 1 April lepas selepas syarikat perlombong­an tempat beliau mencari rezeki selama dua tahun di Tanah Merah mengecilka­n operasi. Turut menerima nasib sama ialah 14 lagi rakannya di syarikat berkenaan.

“Mulanya saya tidak tahu mengenai SIP ini tetapi selepas melihatnya di slip gaji terakhir barulah tahu, rupanya kerajaan ada menyediaka­n bantuan untuk orang yang senasib,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n cek bayaran interim SIP di pejabat PERKESO Kelantan di sini, semalam.

SIP, yang dilaksanak­an melalui Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), diperkenal­kan mulai 1 Jan tahun ini sebagai jaringan keselamata­n sosial bagi membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatka­n bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Mereka akan dibantu dengan bayaran RM600 sebulan selama tiga bulan, selain akan turut dibantu mendapatka­n pekerjaan secepat mungkin.

Mohd Effi, yang masih belum memperoleh­i pekerjaan baharu, berharap nasibnya akan berubah dalam tempoh tiga bulan ini.

Zaimah Yusof, 48, yang diberhenti­kan selepas kilang tempatnya bekerja selama 17 tahun di Bangi, Selangor mahu mengecilka­n operasi, berkata bayaran SIP itu dapat membantu menanggung kedua-dua ibu bapanya yang uzur.

“Wang yang diperolehi ini akan saya gunakan dengan sebaik mungkin sementara mendapat pekerjaan lain. Saya bersyukur kerana melalui SIP ini Perkeso juga bertindak membantu mencari pekerjaan,” katanya yang berasal dari Pasir Mas.

Pengarah PERKESO Kelantan Zaini Abdul Latiff berkata setakat ini, sebanyak 76 kes masih dalam tindakan sementara 29 kes ditolak kerana sebab tertentu seperti hilang pekerjaan akibat masalah disiplin atau meletak jawatan secara sukarela. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia