Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO bayar RM3.8 juta kepada pencarum dalam tempoh tiga bulan

-

KUANTAN: Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Pahang telah membayar sejumlah RM3.8 juta untuk pembayaran faedah kepada 846 pencarum bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Pengarah PERKESO Pahang Abu Hurairah Ahmad berkata pembayaran faedah paling tinggi diberikan terhadap golongan yang mengalami hilang upaya kekal iaitu 104 orang dengan bayaran berjumlah RM2.4 juta.

“Selebihnya membabitka­n bayaran untuk faedah hilang upaya sementara sebanyak RM894,196 kepada 322 penerima, pencen ilat sebanyak RM209,500 (219 penerima), pencen penakat ( RM171,984 kepada 71 penerima), faedah pengurusan mayat ( RM101,190 kepada 121 penerima) dan faedah orang tanggungan (RM33,695 kepada sembilan penerima),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an cek faedah PERKESO kepada 10 penerima yang membabitka­n jumlah pembayaran sebanyak RM141,753.60 di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, beliau turut memaklumka­n seramai 143 individu di Pahang yang hilang pekerjaan bermula Januari lepas telah menerima bayaran bantuan kewangan sebanyak RM600 sebulan bermula Januari lepas.

Katanya, bantuan kewangan itu diberi kepada individu yang telah membuat pemotongan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang diberi untuk tempoh tiga bulan sebelum mendapatka­n pekerjaan baharu.

SIP mula dilaksanak­an pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamata­n sosial bertujuan membantu golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatka­n bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PRIHATIN: Abu Hurairah (duduk, kanan) melihat jari kiri Orang Berinsuran­s (OB) Wong Yok Kuan, 54, yang patah akibat kemalangan di tempat kerja pada Februari 2017 selepas menyampaik­an Cek Tuntutan Faedah Perkeso kepada OB pada Majlis Penyerahan Cek...
— Gambar Bernama PRIHATIN: Abu Hurairah (duduk, kanan) melihat jari kiri Orang Berinsuran­s (OB) Wong Yok Kuan, 54, yang patah akibat kemalangan di tempat kerja pada Februari 2017 selepas menyampaik­an Cek Tuntutan Faedah Perkeso kepada OB pada Majlis Penyerahan Cek...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia