Utusan Borneo (Sarawak)

SERIKANDI agih sumbangan kepada 32,161 ibu tunggal

-

KUALA TERENGGANU: Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (SERIKANDI) semalam menyampaik­an sumbangan kepada 1,113 ibu tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.

Ia adalah lokasi keempat penganjura­n Program Jelajah Cakna Ibu Tunggal bersama Serikandi Terengganu 2018 selepas lokasi pertama di Telemong di Hulu Terengganu pada 3 April lepas, diikuti Bukit Payong di Marang dan Jabi di Setiu.

Yang Dipertuany­a Toh Puan Seri Halina Zakaria berkata melalui program turun padang itu, pihaknya mahu bertemu mata dan mendengar sendiri keluh kesah semua 32,161 ibu tunggal di seluruh negeri.

“Alhamdulil­lah, Serikandi juga berkesempa­tan menyampaik­an sumbangan wang tunai RM200 serta barangan keperluan dapur bernilai RM100 kepada semua ibu tunggal terlibat melalui program ini.

“Harapan Serikandi ialah bantuan ini sedikit seban- yak meringanka­n beban ibu tunggal, selain mengetahui nasib mereka sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan itu di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Ir Atemin Sulong dan Pengarah Yayasan Pembanguna­n Keluarga Terengganu (YPKT) Mohd Shafaruddi­n Mustaffa.

Sementara itu, Shafaruddi­n berkata sebanyak RM2 juta diperuntuk­kan kerajaan negeri bagi membantu ibu tunggal yang ingin menjalanka­n perniagaan pada tahun ini.

“Hingga kini YPKT telah menerima 350 permohonan pinjaman perniagaan daripada ibu tunggal di seluruh negeri.

“Setiap peminjam layak menerima antara RM3,000 hingga RM20,000 bergantung kepada jenis perniagaan. Insya-Allah kelulusan permohonan akan diterima sebelum hari raya ini bagi memudahkan mereka berniaga terutama yang berasaskan makanan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia