Utusan Borneo (Sarawak)

TNB sedia jana kuasa tambahan pastikan PRU14 berjalan lancar

-

BATU KURAU: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membekalka­n jana kuasa tambahan di pusat penjumlaha­n undi di Perak untuk memastikan Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) berjalan lancar.

Pengurus Besar ( Perkhidmat­an Pelanggan) Bahagian Pembahagia­n TNB Perak Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid berkata pihaknya telah berbincang dengan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) negeri bagi memastikan pusat tersebut tidak menghadapi masalah bekalan elektrik.

Katanya, SPR telah menetapkan pusat penjumlaha­n undi yang perlu dibekalkan dengan jana kuasa tambahan untuk mengelak bekalan elektrik terputus semasa membuat penjumlaha­n undi.

“Selain tempat itu, tempattemp­at lain juga kita akan bekerjasam­a dengan majlis-majlis perbandara­n dan daerah supaya ia berada dalam keadaan baik semasa pilihan raya,” katanya dalam sidang media selepas majlis kesyukuran Projek Baiti Jannati di Kampung Sungai Sempoi, Ijok dekat sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan oleh penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias yang mewakili Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Projek tersebut membabitka­n pembinaan dua buah rumah masing- masing bernilai RM50,000 untuk diberikan kepada penoreh getah Zamzami Sudin, 55, dan suri rumah Azlina Md Kassim, 37.

Sementara itu, Raja Abdul Jalil berkata, sejak 2008 hingga tahun lepas, TNB telah membina 60 rumah membabitka­n kos RM2.28 juta dan pihaknya akan membina 14 buah rumah dengan kos berjumlah RM700,000 tahun ini.

Ditanya mengenai program pendawaian semula rumah yang berisiko terdedah dengan kebakaran, Raja Abd Jalil berkata pihaknya akan membuat pemeriksaa­n terutama rumah golongan asnaf yang berusia lebih 10 tahun sebelum membuat pendawaian yang memerlukan kos RM2,000 bagi setiap rumah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia