Utusan Borneo (Sarawak)

Pajakan tanah kepada Sekolah Menengah Chong Hwa diluluskan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan permohonan Sekolah Menengah Persendiri­an Chong Hwa di Sentul, bagi penyewaan tanah persekutua­n seluas 1.2 hektar selama 99 tahun untuk tujuan pembinaan sebuah kompleks sukan sekolah itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kelulusan permohonan itu juga dipersetuj­ui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas proses kajian menyeluruh selesai oleh agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n.

“Ini kali kedua saya sampai di sini selepas kali pertama pada November tahun lepas untuk menawarkan sewaan tanah bagi tujuan parkir kenderaan guru sekolah.

“Dalam tempoh enam bulan ini, dua bidang tanah dipajakkan demi kemajuan anak bangsa, ini menunjukka­n keprihatin­an perdana menteri untuk mana-mana institusi pendidikan dibantu sebanyak yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majils penyerahan surat tawaran pajakan tanah persekutua­n kepada sekolah berkenaan, di sini semalam.

Turut hadir Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Pengelo- la Sekolah Tan Sri Lim Keng Cheng.

Wan Junaidi berkata kompleks sukan yang sedang giat dibangunka­n itu bakal memberi manfaat kepada lebih 5,000 pelajar sekolah berkenaan, selain boleh digunakan sekolah-sekolah berhampira­n untuk menjalanka­n aktiviti sukan.

“Saya yakin dengan menye- diakan fasiliti sukan lebih baik dan selesa akan membantu sekolah ini melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan sukan,” katanya.

Antara kemudahan terdapat di kompleks sukan berkenaan ialah gelanggang badminton, gelanggang bola keranjang dan kolam renang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK: Wan Junaidi (tiga kiri) menyerahka­n Surat Tawaran Pajakan Tanah Milik Persekutua­n kepada Lim (tiga kanan) pada majlis penyerahan surat tawaran tersebut di ibu negara semalam. Turut hadir Liow (tiga kanan) dan Wee Ka Siong (dua kiri).
— Gambar Bernama SIMBOLIK: Wan Junaidi (tiga kiri) menyerahka­n Surat Tawaran Pajakan Tanah Milik Persekutua­n kepada Lim (tiga kanan) pada majlis penyerahan surat tawaran tersebut di ibu negara semalam. Turut hadir Liow (tiga kanan) dan Wee Ka Siong (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia