Utusan Borneo (Sarawak)

Berjanji serah gaji bulanan sebagai Ahli Parlimen, bantu penduduk

-

IPOH: ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mahu bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ibrahim, 68, mengumumka­n hasratnya bertanding merebut kerusi itu, yang disandang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam sidang media di sini, semalam.

Pengasas dan Presiden Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia (PSSGGM) itu berkata beliau membuat keputusan memilih kerusi Parlimen berkenaan kerana mempunyai kenalan ramai di sana terutamany­a anak-anak murid silatnya yang meminta beliau bertanding.

Beliau turut berjanji menyerahka­n kesemua gaji bulanannya sebagai Ahli Parlimen bagi membantu penduduk di Bagan Datuk sekiranya memenangi kerusi itu pada PRU14 nanti.

Pada PRU13, Ahmad Zahid menang kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.

Sebelum ini, Ibrahim pernah beberapa kali mengejutka­n orang ramai dengan ritual bersama- sama para pengikutny­a seperti membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Pada 25 April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutua­n atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabka­n Islam dipandang hina mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutua­n) 1997.

Sementara itu, pada majlis yang sama, seorang lagi calon bebas, Leman Kanaullah, 55, yang merupakan Timbalan Presiden PSSGGM turut mengumumka­n hasrat beliau untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Pangkor.

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan hari pengundian PRU14 pada 9 Mei, penamaan calon pada 28 April dan 5 Mei pengundian awal.

Pada PRU13, Barisan Nasional menang 31 daripada 59 kerusi DUN Perak, DAP 18 kerusi manakala PKR dan PAS masing- masing lima kerusi.

Setakat ini, PKR akan bertanding di lima kerusi Parlimen dan 14 DUN manakala Parti Amanah Negara ( AMANAH) Perak bakal bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 DUN pada PRU14. — Bernama KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam berkata beliau tidak akan bertanding untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum kali ini.

Jamal berkata beliau mendapat cadangan untuk bertanding di kawasannya atau kawasan lain tetapi beliau memilih untuk tidak bertanding.

Sebaliknya, beliau akan bersama- sama jentera Barisan Nasional (BN) dalam membantu calon-calon BN, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam berhubung dakwaan penggunaan akaun palsu media sosialnya.

Terdahulu, Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia membuat laporan polis berkaitan fitnah isu perkauman yang disebarkan di media sosial menggunaka­n akaun Facebook palsu nama beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERTARUH NASIB: Ibrahim mengumumka­n beliau akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada PRU14 ketika sidang medianya di Ipoh semalam.
— Gambar Bernama BERTARUH NASIB: Ibrahim mengumumka­n beliau akan bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada PRU14 ketika sidang medianya di Ipoh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia