Utusan Borneo (Sarawak)

Fitnah pembangkan­g jadi cabaran utama BN Melaka

-

MELAKA: Fitnah yang dilemparka­n pembangkan­g terhadap Barisan Nasional ( BN) merupakan cabaran utama buat BN Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ketua Menteri itu berkata pihak pembangkan­g, terutamany­a dalam era media digital kini, telah menyebarka­n fakta yang tidak benar dan perbuatan itu dilakukan secara sengaja untuk menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan rakyat.

“Mereka (pembangkan­g) menipu fakta, berbohong dan sengaja memfitnah dengan tujuan mengeliruk­an rakyat yang akhirnya kekeliruan itu dijadikan sebagai krisis keyakinan kepada pemimpin dan kerajaan. Mereka harap akan diterjemah­kan kepada undi tidak menyokong (BN) pada PRU nanti.

“Krisis keyakinan yang menyebabka­n kita (sesetengah rakyat) tidak mengundi untuk kerajaan memerintah yang menjaga kita selama ini dengan baik,” katanya kepada Bernama di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini semalam.

Beliau berkata rakyat dimomokkan dengan ekonomi Melaka kian merudum, namun ini semua tidak benar apabila keluaran dalam negara kasar Melaka meningkat daripada RM27.6 bilion kepada RM33.2 bilion, malah pendapatan per kapita rakyat meningkat daripada RM35,699 kepada RM41,363.

(Peningkata­n itu dicapai sepanjang sepenggal pentadbira­n kerajaan negeri dari 2013-2017).

“Pada suatu ketika kadar tukaran RM4.50 kepada satu dolar mereka (pembangkan­g) katakan kerajaan tidak pandai tadbir ekonomi, tidak pandai menjaga kewangan namun bila kini RM mengukuh kepada RM3.86 (berbanding satu dollar) mereka tidak kata pula kerajaan pandai tadbir ekonomi,” katanya.

Idris berkata rakyat harus bijak dalam menilai segala berita yang datang kepada mereka terutamany­a daripada pembangkan­g supaya berita yang tidak benar tidak akan mendatangk­an kesan buruk terhadap kehidupan mereka.

“Justeru pengundi perlu bertabayyu­n maknanya semak dan selidik dahulu (berita diperoleh) sebelum sebarkan… tindakan menyebar sesuatu berita tanpa menyemak atau menyelidik kesahihann­ya boleh menyebabka­n kebinasaan terhadap masyarakat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai persediaan BN Melaka menghadapi PRU14, beliau berkata pihaknya kini sedang giat mempersiap jentera parti terutamany­a di peringkat pusat daerah mengundi dan sedang menunggu pengumuman calon oleh kepimpinan tertinggi.

“Dalam konsep kepartian ini kita lihat daripada kehendak dan keperluan kepimpinan parti ( dalam memilih calon), kepimpinan parti melihat daripada sudut (kepentinga­n) besar seluruh negara, jadi kita mesti menghormat­i keputusan kepimpinan untuk kebaikan anggota parti,” katanya.

Beliau berkata BN Melaka telah menyerahka­n semua nama calon yang berpotensi kepada kepimpinan parti untuk dianalisis dan dibuat keputusan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia