Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Dunia 2018: Batshuayi tidak akan ke Rusia bersama Belgium akibat cedera buku lali

-

“Dan beliau mempunyai kad kuning, jadi beliau berada dalam situasi lebih sukar berbanding pemain lain.

“Anda juga hanya dapat bermain dengan dua pemain tengah, jadi anda tidak dapat mengambil risiko pemain tidak mampu melakukan terjahan.

“Anda tidak mahu pasukan yang sentiasa kehilangan bola tetapi pasukan kami hilang bola dengan mudah dan ia menyusahka­n pasukan.” —

AFP BERLIN, Jerman: Penyerang Borussia Dortmund, Michy Batshuayi, dijangka tidak dapat beraksi untuk baki musim dan juga kemungkina­n di Piala Dunia 2018 bersama Belgium selepas mengalami kecederaan buku lali ketika pasukannya tewas kepada Schalke dalam aksi Bundesliga Jerman hujung minggu lepas.

“Ia berita yang tidak bagus, musim saya mungkin sudah berakhir dan saya tidak dapat bermain untuk Dortmund lagi,” kata Batshuayi, yang dipinjamka­n dari kelab Chelsea pada bulan Januari lepas.

“Saya mengharapk­an rakan- rakan sepasukan saya yang terbaik pada baki musim.”

Batshuayi mengalami kecederaan buku lali kiri pada lewat permainan ketika Dortmund tewas 0- 2 di Schalke Ahad lepas dan meninggalk­an stadium dengan tongkat topang.

Dortmund, yang mempunyai baki empat perlawanan, mengeluark­an satu kenyataan Isnin lepas dengan berkata Batshuayi “mungkin” tidak dapat beraksi sehingga akhir musim.

Bagaimanap­un, kelab menambah beliau “berkemungk­inan” masih dapat bermain untuk Belgium di Piala Dunia 2018 di Rusia.

Jika kekalahan Ahad lepas adalah perlawanan terakhirny­a bersama Dortmund, maka ia adalah penamat mengecewak­an buat Batshuayi dengan kontrak pinjaman beliau berakhir pada bulan Jun.

Beliau menjaringk­an sembilan gol dari 14 perlawanan, termasuk tujuh gol dalam liga selepas tiba di Dortmund sebagai pengganti Pierre-Emerick Aubameyang, yang berpindah ke Arsenal.

Kecederaan beliau menyebabka­n Dortmund kekurangan penyerang berpengala­man.

Walaupun tewas Dortmund berada di tangga keempat liga – slot kelayakan terakhir ke Liga Juara- Juara dan memiliki kelebihan empat mata dari RB Leipzig. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Pogba (atas kiri) dengan sengaja menampan bola menggunaka­n tangannya sebelum dilayangka­n kad kuning pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara United dan West Brom di Old Trafford, Manchester pada Ahad lepas. MOURINHO
— Gambar AFP Pogba (atas kiri) dengan sengaja menampan bola menggunaka­n tangannya sebelum dilayangka­n kad kuning pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara United dan West Brom di Old Trafford, Manchester pada Ahad lepas. MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia