Utusan Borneo (Sarawak)

Ikrar gugurkan pemain bintang pada aksi liga di Bournemout­h, separuh akhir Piala FA menentang Spurs

-

LONDON, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, berikrar untuk menggugurk­an beberapa pemain bintang Manchester United ketika beliau kecewa dengan kekalahan kepada West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

United tewas 0-1 di tempat sendiri kepada lawan yang berada di tangga terbawah liga menerusi gol Jay Rodriguez untuk kemenangan pertama mereka dalam liga sejak tiga bulan.

Prestasi hambar United itu memberikan kejuaraan liga kepada kelab jirannya, Manchester City dan menyebabka­n Mourinho hanya mampu merungut.

Beliau menuduh pemainnya bermain sambil lewa selepas menewaskan City 3-2 dua minggu lepas.

Sekarang Mourinho akan mengambil tindakan apabila membuat pemilihan skuad untuk perlawanan liga di Bournemout­h hari ini dan kemudian perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris menentang Tottenham Hotspur di Wembley.

“Penggilira­n pemain bukan perkataan yang sesuai,” kata Mourinho. “Jika saya menurunkan s e o r a n g p e m a i n menentang Bournemout­h dan beliau bermain dengan baik, beliau akan bermain di separuh akhir (Piala FA).

“Jadi ia bukan penggilira­n, kerana penggilira­n kelihatan seperti seorang pemain bermain menentang Bournem o u t h u n t u k merehatkan pemain yang akan bermain menentang Spurs di separuh akhir. “Jadi, maksud sebenar di sini bukan penggilira­n, ia satu peluang kepada pemain bermain dan cuba mencari tempat untuk menentang Spurs – dan juga beberapa pemain yang bermain menentang West Brom, mereka tidak layak berada dalam pasukan itu.”

Ditanya untuk penjelasan lebih lanjut tentang beberapa pemain yang beraksi hambar menentang West Brom tidak akan diturunkan menentang Spurs, Mourinho menjawab dengan mudah: “Ya.”

“Apa kriteria untuk seorang jurulatih memilih pasukan? Saya hanya tahu satu kriteria: cara anda bermain adalah satu-satu cara saya memilih pemain.

“Atau adakah anda mahu membuat pilihan berdasarka­n harga pemain, gaji atau rupa paras yang menarik? Satu-satu cara bagi saya ialah prestasi dalam padang.”

Ander Herrera ditukarkan pada masa rehat dan Ashley Young dikeluarka­n pada minit ke-75 sementara Paul Pogba dikeluarka­n pada minit ke-58 Ahad lepas.

Pogba tidak beraksi seperti ketika membantu United bangkit dari ketinggala­n 0-2 pada masa rehat dengan menjaringk­an dua gol untuk kemenangan 3-2.

“Ia bukan hanya beliau,” kata Mourinho ketika merujuk kepada Pogba.

 ??  ?? BAKAL DIGUGURKAN:
BAKAL DIGUGURKAN:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia