Utusan Borneo (Sarawak)

Perkasa Program Podium pastikan atlet dapat manfaat sewajarnya

-

SEPANG: Program Podium yang dilancarka­n sejak Februari 2016 perlu diperkasa bagi memastikan atlet negara yang berada di bawah program berkenaan mendapat faedah sewajarnya.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia ( BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata program di bawah seliaan Institut Sukan Negara ( ISN) itu, jelas membantu memperting­katkan prestasi atlet negara terutamany­a jaguh bad- minton negara, Datuk Lee Chong Wei yang mendapat manfaat besar menerusi bantuan sains sukan diberikan ISN.

“Daripada apa yang berlaku di Sukan Komanwel, kita melihat pencapaian atlet dan jurulatih, kita harus melihat bagaimana kita boleh perbaiki dan perkasakan program ini ( Podium) untuk memastikan kita benar- benar bersedia menghadapi Sukan Asia 2018.

“Kerja- kerja cemerlang yang dilakukan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin perlu diteruskan kerana saya melihat program ini sangat baik untuk membawa ( nama) Malaysia ke persada dunia,” katanya.

Mohamad Norza berkata demikian ketika ditemui pemberita setibanya dari Gold Coast, Australia di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( KLIA), di sini pagi se- malam.

Berkongsi pandangan sama adalah Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Huang Ying How yang menyifatka­n Program Podium banyak membantu atlet skuasy memantapka­n persediaan mereka dalam menghadapi sesuatu kejohanan.

“Misalnya, pemain skuasy lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan membuktika­n bahawa Program Podium berkesan meningkatk­an kecergasan dan persembaha­nnya di pentas antarabang­sa memandangk­an kita mempunyai penganalis­is permainan ( daripada ISN).

“Jika kita percaya kepada jurulatih dan juga penganalis­is permainan, anda boleh menewaskan atlet terbaik dunia dan program ini jelas berkesan untuk atlet negara,” jelas Huang yang merupakan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel 2018.

Program Podium merupakan program persediaan khas untuk atlet elit negara yang diselia ISN, bertujuan membantu atlet berkenaan meraih kejayaan cemerlang pada temasya sukan antarabang­sa seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia dan Sukan Olimpik.

Sehingga Januari 2018, 146 atlet daripada 22 jenis sukan terdiri daripada 108 atlet lelaki dan 38 wanita terpilih menyertai program berkenaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia