Utusan Borneo (Sarawak)

Pele yakin Neymar akan kembali cergas ketuai cabaran Brazil di Rusia

-

DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE): Bintang legenda bola sepak Brazil, Pele, berkata beliau berasa yakin tentang peluang Brazil di Piala Dunia 2018 dan menjangkak­an penyerang bintang yang cedera ketika ini, Neymar, akan cergas untuk mengetuai cabaran Brazil di Rusia.

Bercakap kepada AFP di sini, bekas pemain berusia 77 tahun itu memberikan kepercayaa­n kepada keupayaan Neymar untuk pulih dari kecederaan retak tulang tapak kaki dan membantu Brazil memenangi kejuaraan dunia buat kali keenam.

“Kami tidak tahu apa sebenarnya yang akan berlaku tetapi saya fikir Piala Dunia nanti, beliau akan kembali cergas kerana kecederaan­nya tidak begitu teruk,” kata Pele, satu-satu pemain yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali sebagai pemain.

“Saya mengharapk­an beliau mempunyai tuah seperti yang saya ada di Piala Dunia.”

Neymar, pemain kelab Paris Saint Germain (PSG), belum bermain sejak mengalami kecederaan pada 25 Februari dalam aksi Ligue 1 menentang Marseille. Beliau berkata minggu lepas di mana beliau masih merawati kecederaan ekoran satu pembedahan tetapi dijangka cergas menjelang Piala Dunia yang berlangsun­g dari 14 Jun hingga 15 Julai.

Pada Piala Dunia 2014 di Brazil, pasukan tuan rumah itu dimalukan 1-7 oleh Jerman di separuh akhir tetapi Pele merasakan pasukan di bawah kendalian Tite, yang mengharung­i kempen kelayakan Zon Amerika Selatan tanpa masalah, mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh.

“Saya mempunyai keyakinan kerana Tite, jurulatih baharu dan sekarang mempunyai sedikit masa untuk membentuk pasukan.

“kami mempunyai ramai pemain hebat di Eropah. Masalah ialah untuk membentuk sebuah pasukan. Saya fikir kami akan memiliki pasukan yang hebat di Piala Dunia akan datang.”

Pele berkata beliau menjangkak­an beberapa kejutan di Rusia, dengan Argentina, Jerman, England serta Perancis berpotensi mencabar tetapi walaupun beliau tidak menyebut Sepanyol, juara dunia 2010 dan juara Eropah Portugal sebagai antara pasukan yang mampu mencabar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia