Utusan Borneo (Sarawak)

Buffon harus berfikir sebelum keluarkan kritikan

-

MILAN, Itali: Ketua pengadil bola sepak Itali, Marcello Nicchi berkata Isnin lepas di mana penjaga gol Juventus, Gianluigi Buffon seharusnya berfikir sebelum mengeluark­an kritikan kepada pengadil seperti yang beliau lakukan ketika tewas kepada Real Madrid pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara minggu lepas.

Buffon dibuang padang oleh pengadil dari England, Michael Oliver selepas beliau (Oliver) memberikan satu tendangan penalti lewat untuk membolehka­n Real menjaringk­an gol kemenangan agregat dan layak ke separuh akhir.

Buffon, 40, menggelar Oliver “pembunuh” dengan “tong sampah” diletakkan dalam hatinya.

“Buffon seorang pemain yang hebat dan seseorang yang boleh memiliki kerjaya yang bagus sebagai jurulatih,” kata Nicchi.

“Tetapi pada satu peringkat, anda harus berhati-hati dengan apa yang anda luahkan. Kanak-kanak sentiasa mendengar.

“Jika ia berlaku di Itali? Saya akan mempertaha­nkan pengadil. Mereka tidak boleh diancam sebelum, semasa atau selepas perlawanan.

“Selepas itu, ada badan bertanggun­gjawab yang harus menilai tindakan semua pemain dalam padang.”

Nicchi sementara itu memberi amaran tentang skandal mengatur perlawanan Calciopoli 2006 yang menye- lubungi bola sepak Itali sekiranya pengadil hilang hak untuk mengundi dalam liga utama di Itali.

Persatuan Pengadil Itali ( AIA) boleh hilang dua peratus undi diperuntuk­kan oleh Majlis Persekutua­n Bola Sepak.

Dan Nicchi, yang juga Presiden AIA, percaya ia boleh membuka pintu kepada campur tangan di belakang tabir seperti skandal Calciopoli yang menggegark­an Serie A dan Serie B pada 2006.

“Untuk menentukan ketelusan dan penglibata­n pengadil kami boleh bermakna satu permulaan baharu untuk Calciopoli,” kata Nicchi.

“Saya melakukan segalagala yang saya mampu untuk menenangka­n pengadil tetapi jika suatu hari ada jika pemain masuk ke dalam padang tetapi pengadil tiada, saya tidak terkejut,” tambah beliau ketika merujuk kepada kemungkina­n boikot pengadil. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia