Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabang­sa jadi produk penting

-

KUCHING: Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak menjadi produk penting dalam melonjakka­n sektor pelanconga­n sukan di negeri ini.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan berkata kejohanan dimulakan sejak tahun lalu itu berjaya meletakkan Sarawak di mata dunia selain mengangkat mutu atlet-atlet boling negara.

“Kejohanan ini menjadi ‘ serampang dua mata’ di mana ia memainkan peranan penting dalam mempromosi Sarawak kepada pengunjung dari luar.

“Peserta dari luar negara menjadi duta kepada Sarawak kerana mereka menceritak­an keunikan dan kepelbagai­an kaum di negeri ini sebaik mereka kembali ke negara masing- masing,” katanya pada sidang media di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini semalam.

Menurut Snowdan, kejohanan itu juga menjadi landasan bagi memberi pendedahan dan pengalaman berguna kepada pemain-pemain negara khususnya atlet remaja Sarawak bersaing pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

“Pengalaman beraksi bersama dengan jaguh- jaguh dunia semasa kejohanan itu nanti amat berharga dan tidak ternilai,” jelas beliau.

Terdahulu, Snowdan mempengeru­sikan mesyuarat terakhir persiapan penganjura­n Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2018 yang akan diadakan di Megalanes Sarawak, Emart Batu Kawa di sini pada 25 hingga 28 April ini.

Menjelas lanjut, Snowdan yang juga pengerusi kejohanan memuji inisiatif Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak ( ABAS) bagi memastikan kejohanan berprestij itu diteruskan pada tahun ini.

Katanya, selepas diperkenal­kan pada tahun lalu, kejohanan tersebut semakin mendapat tempat kalangan penggiat sukan boling dan dibuktikan dengan peningkata­n jumlah peserta mengambil bahagian kali ini.

“Kita menyasarka­n seramai 350 peserta dari lebih 13 negara mengambil bahagian. Kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruha­n berjumlah RM100,000 kepada peserta,” katanya.

Setakat ini, negara-negara dijangka mengambil bahagian ialah Malaysia, Singapura, Korea Selatan, India, China, Australia, Kuwait, Jepun, Thailand, Taiwan, Filipina, Guam dan Brunei.

Tiga kategori akan dipertandi­ngkan iaitu Terbuka, Classified dan Bawah 25 Tahun.

Pemenang pingat emas Sukan SEA 2017, Shalin Zulkifli dan Rafiq Ismail menjadi taruhan negara memburu kejuaraan sambil dibantu beberapa pemain kebangsaan lain terdiri atlet- atlet remaja dan SUKMA Sarawak termasuk pemain mewakili beberapa kelab dari seluruh Malaysia.

Hadir sama Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Dr Ong Kong Swee dan Naib Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS), Robert Lu.

 ??  ?? MESYUARAT: (Duduk dari tiga kanan) Snowdan, Dr Ong dan Robert bersama jawatankua­sa penganjur pada mesyuarat di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching semalam.
MESYUARAT: (Duduk dari tiga kanan) Snowdan, Dr Ong dan Robert bersama jawatankua­sa penganjur pada mesyuarat di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching semalam.
 ??  ?? MILIKI ‘AURA’ TERSENDIRI: Mohamad (kiri) mengucapka­n syabas kepada Awang Mahyan ketika perjumpaan ringkas bersama Bujang Mayah (kanan) di Kuching semalam.
MILIKI ‘AURA’ TERSENDIRI: Mohamad (kiri) mengucapka­n syabas kepada Awang Mahyan ketika perjumpaan ringkas bersama Bujang Mayah (kanan) di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia