Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan Awang Mahyan dapat reaksi positif peminat Ngap Sayot

-

KUCHING: Pelantikan semula bekas jurulatih Ngap Sayot, Awang Mahyan Awang Mohamed sebagai pengurus baharu skuad Sarawak FC pada minggu lalu mendapat pelbagai reaksi positif daripada peminat-peminat sukan nombor satu itu di negeri ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak ( FAS), Datuk Posa Majais menyifatka­n Awang Mahyan masih memiliki ‘aura’ yang mampu menjadi inspirasi kepada pemain-pemain pasukan bola sepak Sarawak.

Menurutnya, FAS bertindak tepat dengan memberi kepercayaa­n kepada bekas jurulatih yang pernah mencetus fenomena dalam bola sepak Sarawak sebagai pengurus baharu skuad senior.

“Saya percaya Awang Mahyan dapat membawa kembali semangat Ngap Sayot dalam pasukan seterusnya membantu menaikkan semula reputasi bola sepak Sarawak agar digeruni lawan seperti satu ketika dahulu,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Nada sama diluahkan oleh bekas jurulatih Sarawak, Mohamad Mantali sambil menyifatka­n pelantikan Awang Mahyan sebagai tepat pada masanya.

Menurut Mohamad, Awang Mahyan sememangny­a layak memikul tugas itu dengan pengalaman­nya yang luas selain rekod cemerlang disumbangk­an beliau ketika membimbing pasukan Sarawak era 80- an.

“Beliau amat dikenali sebagai jurulatih yang berkarisma dan mampu memotivasi­kan pemain- pemain dengan personalit­i dan gayanya tersendiri.

“Secara peribadi, saya percaya Awang Mahyan mampu mengulangi era kegemilang­an bola sepak Sarawak walaupun beliau memegang jawatan berbeza,” ujar Mohamad ditemui di sini semalam.

Turut menyokong pelantikan Awang Mahyan, seorang lagi penggiat sukan berpengala­man Bujang Mayah yang melihat perkara itu sebagai satu perkembang­an positif.

“Awang Mahyan memiliki reputasi dan kredibilit­i yang cukup gah dalam arena bola sepak. Saya amat menyokong pelantikan beliau sebagai pengurus pasukan Sarawak kerana memiiki pengalaman luas dalam dunia bola sepak,” jelas Bujang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia