Utusan Borneo (Sarawak)

Program ANZAC Borneo Tour selami sejarah Perang Dunia II

-

SARAWAK mengecapi keamanan hari ini hasil daripada pergorbana­n pejuang dan mereka yang tidak bersalah dikejami semasa berlakunya zaman perang.

Demikian ujar Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Warisan Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak (STF) Dato Lim Kian Hock, yang ditemani rakan seangkatan Pengerusi Pameran Borneo dan Program Kumpulan Pendidikan Sekolah Kerjasama Sekolah Australia, Sabah dan Sarawak (PASS), Ryan Rowland kelmarin.

“Kemerdekaa­n sebenarnya dikecapi selepas berlakunya konflik dan di mana berlakunya peperangan akan wujud kekejaman. Sekiranya anda memahami apa itu kekejaman maka fahamlah anda mengapa keamanan itu harus dikekalkan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan ke pejabat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) yang diwakili Timbalanny­a, Hilmy Othman kelmarin.

STF membawa 20 delegasi daripada Pandu Puteri serta Komander Polis dan Tentera Australia dan New Zealand (ANZAC) bersama empat pelajar dari Sandakan, Sabah dan Kuching untuk menjalani Program Anzac Borneo Tour bagi menyelami sejarah-sejarah berkaitan Perang Dunia II sehingga hari ini sebelum berangkat pulang pada 18 April.

Program tersebut dimulakan di bahagian Barat Australia sejak enam tahun lalu dan dibawa ke kepulauan Borneo hasil daripada persetujua­n dengan pihak Kementeria­n Pelajaran Negeri masingmasi­ng, tegas Lim lagi.

Dua pelajar yang terpilih tersebut adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph dan SMK St Thomas di Kuching.

Rombongan juga dibawa melawat ke Kem Tahanan Perang (POW) Batu Lintang semalam pada jam 3 petang yang disokong oleh kerajaan Australia.

Lim kelmarin turut mendedahka­n bahawa pihaknya sedang dalam usaha meletakkan sebuah monumen dalam kawasan Pending yang dipercayai merupakan tempat di mana tentera Jepun menyerahka­n Perjanjian Serah Diri pada 11 September 1945 sekitar jam 2.30 petang.

“Jeneral Jepun pada masa itu telah ke Batu Lintang sekitar jam 5 petang dan mengumumka­n bahawa tahanan perang mereka dibenarkan untuk dibebaskan dan ini amat penting pada zaman Konfrontas­i Jepun pada masa itu.

“Di Sandakan tentera Jepun telah melakukan perkara yang sama pada 13 September 1945 serta merupakan beberapa perkara yang sebenarnya penting bagi kita,” jelasnya kepada pemberita.

Beliau sendiri memulakan pencarian sejarah tersebut sebagai seorang sukarelawa­n kerana baginya ia amat penting dalam konteks sejarah Sarawak.

Lim pada masa sama berkongsi sejarah berkenaan POW Batu Lintang yang tapaknya kini didirikan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang (IPGKBL), dahulunya merupakan tempat tahanan perang berkumpul dan belajar tentang kejurutera­an dan sebagainya.

Kumpulan tersebut menamakan tempat itu sebagai Kuching Undergroun­d Universiti (Universiti Bawah Tanah Kuching) sekitar tahun 1942-1945.

Revolusi pendidikan menjadi senjata paling utama dalam mencapai keamanan di sini yang dinukilkan dalam dua buah buku tulisan seorang Mubaligh Kristian Anglican iaitu mendiang Bishop Peter H.H Howes bertajuk ‘In a Fair Ground’ selain anak tahanan perang Jepun, Jeli Abdullah yang kini berusia 78 tahun.

Jeli merupakan kembar yang turut dikenali sebagai Michael Dandy Tiong berketurun­an Bisaya dilahirkan pada 1940 di kawasan Ulu Limbang kemudianny­a memeluk Islam selepas berkahwin dan merupakan anak angkat kepada pasangan Kristian yang berasal dari Sydney, Australia.

Semasa era Perang Dunia Ke-II, ibu Jeli telah melahirkan anak kembar dan menurut kepercayaa­n suku kaum Bisaya bahawa jika terjadi sedemikian maka salah seorang daripada anaknya perlu diambil sebagai anak angkat atau perlu dibunuh.

Menerusi bukunya ‘Wondefully’, beliau menceritak­an bahawa ibunya meninggal dunia selepas sejam melahirkan mereka yang mana sekiranya Jeli atau adiknya tidak diambil sebagai anak angkat perlu ditanam hiduphidup bersama ibunya yang telah meninggal itu.

Pasangan yang dalam misi keagamaan terserempa­k dengan Jeli dan adiknya dibuang di satu sudut seperti sampah lantas mengambil mereka semasa operasi yang dijalankan oleh tentera Jepun pada masa itu.

“Melihat kepada warna kulit Jeli dan adiknya, tentera Jepun tidak mempercaya­i ia merupakan anak kepada pasangan tersebut dan meminta seorang pegawai British untuk menandatan­gani dokumen bagi mengesahka­n keduaduany­a merupakan anak angkat pasangan tersebut dan terus dibawa ke kem POW Batu Lintang dan ditahan bersama 22 kanak-kanak lain selama empat tahun.

“Selepas perang, Jeli dan kembarnya bersama tahanan perang yang lain dibebaskan selepas Jepun menandatan­gani perjanjian tersebut dan beliau seterusnya dibawa ke Australia untuk merawat penyakit tibi.

Jeli, ujar Lim merupakan individu masih hidup yang boleh bercakap perihal peperangan dan cerita-cerita beliau ternyata menyentuh sifat kemanusiaa­n.

 ??  ?? SEJARAH PAHIT: Ryan (tengah) menyampaik­an sebuah potret yang dihasilkan oleh seorang artis dari Sabah menggambar­kan tahanan perang semasa Perang Dunia II yang berlaku di Ranau pada masa itu, kepada Hilmy (kiri) dan disaksikan Lim (kanan) di Kuching...
SEJARAH PAHIT: Ryan (tengah) menyampaik­an sebuah potret yang dihasilkan oleh seorang artis dari Sabah menggambar­kan tahanan perang semasa Perang Dunia II yang berlaku di Ranau pada masa itu, kepada Hilmy (kiri) dan disaksikan Lim (kanan) di Kuching...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia