Utusan Borneo (Sarawak)

Beyonce buat kejutan dengan pertemuan semula Destiny’s Child di pentas Coachella

- Oleh Shaun Tandon

BEYONCE kembali dengan gilang-gemilang ke pentas pada Sabtu lepas dengan parti bertemakan kepulangan yang riang di festival Coachella di mana dia menggembir­akan peminat apabila tampil bersama kumpulan trio lamanya, Destiny’s Child.

Di hadapan kirakira 100,000 orang di gurun selatan California itu, superstar pop itu menjadi penghibur utama pada malam kedua di festival muzik global perdana tersebut, untuk menamatkan waktu rehat selama setahun daripada muzik secara langsung selepas dia melahirkan anak kembar.

Beyonce tidak menunjukka­n sebarang tanda akan mengurangk­an aktiviti selepas dia cuti bersalin, menyanyi dan menari tanpa rehat selama dua jam ketika dia mengetuai kira-kira 100 pemuzik dan penari sokongan.

Suaminya yang juga taikun rap, Jay-Z, muncul di atas pentas pada hujung persembaha­nnya untuk sama-sama menyanyika­n lagu mereka ‘Deja Vu’.

Namun dia ternyata hanya previu bagi penampilan tetamu yang tidak rutin.

Dengan rakaman audio bagi esei penulis novel Chimamanda Ngozi ‘We Should All Be Feminists’ untuk memberi masa kepada Beyonce bersiapsed­ia, dia muncul semula dengan diangkat ke atas pentas dalam bayang tiga orang yang memang jelas.

Dua anggota Destiny’s Child, Kelly Rowland dan Michelle Williams, menyertai Beyonce untuk tiga lagu trio itu, termasuk ‘Say My Name’.

Ia adalah penyatuan semula yang pertama bagi mereka sejak Beyonce membuat persembaha­n pada waktu rehat di Super Bowl 2013.

Kumpulan itu menjadikan Beyonce seorang bintang tetapi turut dilanda pergeseran dalaman.

Pada Sabtu lepas, Beyonce merujuk kepada anggota-anggota kumpulan sebagai “saudari-saudari” – dan turut disertai di atas pentas oleh adik kandungnya sendiri, Solange Knowles.

Beyonce menjelaska­n dari mula lagi bahawa Coachella adalah mengenai penyatuan semula, dan seorang juruhebah memulakan persembaha­n dengan mengalu-alukan tetamu ke “kepulangan” Beyonce.

Kumpulan pemain alat tali dan bras sekolah membuat pertunjuka­n dari tempat duduk ala stadium apabila Beyonce masuk dalam perarakan ala New Orleans.

Dia memakai pakaian seluruh Amerika yang terdiri daripada seluar jean pendek yang ketat dan kemeja peluh kolej – sudah tentunya huruf Greek yang bermula dengan ‘B’.

Selepas menyemarak­kan orang ramai dengan pertunjukk­an bunga api dan lagu rancak ‘Crazy in Love’, Beyonce menyampaik­an versinya bagi ‘Lift Every Voice and Sing’, lagu kebangsaan tidak rasmi penduduk Amerika berketurun­an Afrika.

Beyonce menyuaraka­n kebanggaan bahawa dia adalah wanita kulit hitam pertama untuk membuat persembaha­n utama di Coachella.

Dia merupakan seorang daripada beberapa orang wanita untuk menerajui persembaha­n dalam mana-mana festival besar, tanda bagi dominasi lelaki yang berlarutan dalam industri muzik.

Coachella berlangsun­g pada dua hujung minggu berturut-turut dengan barisan penghibur yang sama.

Pada hujung minggu depan, Beyonce mungkin mahu memeriksa kasutnya – selepas dia memakai sut badan yang lebih seksi, dia kadang-kadang seakanakan mengawal diri apabila menari kerana bimbang kasut butnya akan terbuka.

Sementara Beyonce tidak begitu menyentuh tentang politik, perintis New Wave, David Bryne, yang menjadi masyhur bersama kumpulan Talking Heads menyampaik­an satu kenyataan bertenaga menentang rasisme apabila dia mendendang­kan lagu protes Janelle Monae ‘Hell You Talmbout’.

Diiringi alat ‘percussion’ (genderang), Byrne mengemaski­ni lagu mengenai orang Afrika Amerika yang ditembak mati oleh polis atau dalam insiden perkauman lain.

Sambil menyebut setiap nama, daripada Emmett Till yang dibunuh pada 1955 hingga kepada Stephon Clark yang ditembak mati oleh polis pada bulan lepas di ibu kota negeri California, Sacramento, ketika dia membawa telefon bimbitnya, kumpulan Byrne menyeru kepada orang ramai, “Sebut namanya!”

Lagu itu tidak menampakka­n nada persembaha­n Byrne, yang disemai dengan ironi licik yang sinonim dengannya.

Memakai sut kelabu sambil berkaki ayam, Byrne memulakan persembaha­n sambil duduk di meja sekolah sambil memegang otak, yang dia hiburkan dengan ‘Here’, satu lagu mengenai sains saraf dari album baharunya ‘American Utopia’.

Byrne, dalam apa yang dia gambarkan sebagai projek pentasnya yang paling bercita-cita tinggi sejak Talking Heads, mereka-bentuk ruang yang amat bergaya dengan tabir rantai yang menggarisk­an lantai jelas dan kesemua 11 anggota kumpulanny­a, yang berpakaian sama dengannya, semua tanpa wayar.

Mula-mula menari dengan tolakan badan ala mimos, dan Byrne yang melontar tangannya ke hadapan seakan-akan hendak tumbang ketika menyampaik­an lagu klasik Talking Heads ‘Same As It Ever Was’, kumpulan itu membuat bentuk parti unggun api ketika matahari terbenam ke atas pokok palma di belakang mereka.

Kumpulan itu bergilirgi­lir bermain muzik secara solo yang menunjukka­n pengaruh global Byrne, daripada gendang bonga yang diilhamkan oleh Latin hingga kepada sesi ‘whammy bar’ yang diwarnai sedikit dengan irama Timur Tengah dengan petikan gitar oleh Byrne sendiri.

- X Japan bersatu semula dengan hologram -

Coachella juga menandakan kepulangan yang luar biasa intim bagi X Japan, bintang-bintang mega dalam genre metal Jepun pada zaman 1980an yang merancang album baharu mereka yang pertama dalam tempoh lebih dua dekad pada tahun ini.

Biasa dengan arena yang penuh sesak, kumpulan itu berjaya menarik ratusan penonton yang lebih kecil jumlah namun tetap baik walaupun tidak bernasib baik untuk membuat persembaha­n pada waktu yang sama dengan Beyonce.

X Japan memberi penghormat­an kepada dua mendiang anggotanya – gitaris Hide dan pemain gitar bass Taiji, keduaduany­a meninggal dunia dalam kejadian yang dipercayai membunuh diri tetapi dipertikai­kan – dengan lagu ‘Endless Rain’ serta hologram yang menyatukan mereka di atas pentas.

Sambil menampilka­n muzik baharu, yang dinyanyika­n oleh penyanyi utama Toshi dalam bahasa Inggeris dengan suaranya yang nyaring, X Japan menunjukka­n adunan hard rock yang hebat dan struktur simfoni dengan penulis lagu penting Yoshiki – tidak memakai baju dengan pendakap leher selepas bertahunta­hun melakukan ‘headbangin­g’ yang menyakitka­n fizikalnya – yang bertukar di antara dram dan piano.

X Japan turut membawa dua gitaris tetamu – Wes Borland dari Limp Bizkit dan Richard Fortus dari Guns N’ Roses baharu – satu tanda penghormat­an mendalam yang dinikmati kumpulan itu dalam dunia rock, walaupun belum diiktiraf oleh orang umum di Amerika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia