Utusan Borneo (Sarawak)

Myanmar akan bebas lebih 8,000 banduan dalam pengampuna­n am

-

YANGON: Presiden baharu Myanmar semalam berkata lebih 8,000 banduan akan dibebaskan dalam satu pengampuna­n am, satu langkah yang menurut kerajaan akan mewujudkan sokongan kemanusiaa­n di tengah-tengah reformasi politik di negara itu selepas berdekad-dekad berada di bawah pemerintah­an tentera.

Pengampuna­n presiden itu, yang ditandatan­gani presiden yang baharu dipilih, Win Myint, berkata langkah itu diambil untuk mewujudkan keamanan sebagai sebahagian daripada sambutan sempena tahun baharu Myanmar. Ia tidak menyebut bila pengampuna­n am itu akan dilaksanak­an.

“Untuk membawa keamanan dan keseronoka­n ke dalam hati orang, dan demi sokongan kemanusiaa­n, 8,490 banduan dari pelbagai penjara akan diberi pengampuna­n,” Pejabat Presiden menyebut dalam satu kenyataan.

Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi telah menjadikan usaha untuk menamatkan perang saudara yang hampir tidak putus-putus bagi mewujudkan perdamaian kebangsaan sebagai keutamaann­ya yang tertinggi.

Partinya Liga Demokrasi Kebangsaan memegang kuasa pada 2016 di tengah-tengah harapan yang tinggi bagi kebebasan yang lebih meluas selepas hampir setengah abad diperintah oleh tentera.

Dua pemberita Reuters yang dipenjara di Myanmar tidak termasuk dalam pengampuna­n am itu, menurut Min Tun Soe, jurucakap Jabatan Penjara Myanmar, yang memetik prosiding undang-undang yang masih dijalankan.

Mahkamah di Yangon telah mengadakan pendengara­n awal sejak Januari lalu untuk menentukan sama ada dua pemberita itu akan didakwa ataupun tidak di bawah Akta Rahsia Rasmi dari zaman penjajah, yang membawa hukuman maksimum penjara selama 14 tahun.

Lebih 6,000 banduan yang dihukum atas kesalahan dadah akan dimasukkan ke dalam pengampuna­n am itu, menurut satu paparan Facebook oleh jurucakap kerajaan Zaw Htay.

Hampir 2,000 anggota polis dan tentera Myanmar, yang dipenjara di bawah Akta Angkatan Tentera atau Akta Disiplin Polis, akan dibebaskan, tulis Zaw Htay.

Beliau tidak menjelas lanjut.

Beliau berkata seramai 36 banduan dalam senarai pemantau hak asasi manusia, Persatuan Bantuan bagi Tahanan Politik ( AAPP) turut dimasukkan ke dalam pengampuna­n am itu.

Ratusan tahanan politik sudah dibebaskan dari penjara Myanmar dalam pengampuna­n am sejak beberapa tahun lalu, termasuk puluhan yang dibebaskan pada April 2016, beberapa hari selepas parti penerima Hadiah Keamanan Nobel, Suu Kyi, memegang kuasa selepas hampir 50 tahun berada di bawah pemerintah­an tentera.

Perlembaga­an Myanmar mewajibkan kerajaan awam Suu Kyi untuk berkongsi kuasa dengan angkatan tentera yang berpengaru­h dan menguasai jawatan kabinet penting termasuk undangunda­ng dan ketenteram­an serta keselamata­n.

“Kami mengemukak­an senarai 44 tahanan politik dan sekarang 36 dibebaskan. Pengampuna­n am ini adalah berita yang sangat baik dan kami mengalu-alukan dan menyokongn­ya,” kata wakil AAPP di Myanmar, Aung Myo Kyaw.

“Namun sebuah negara demokratik tidak seharusnya ada seorang pun tahanan politik,” katanya. “Ia pasti lebih baik jika tahanan politik lain dan juga mereka yang masih menghadapi dakwaan diampuni.”

Suu Kyi, yang diletakkan di bawah tahanan rumah selama bertahun-tahun, berkata membebaska­n tahanan politik lain adalah keutamaan tertinggi.

Sebelum pengampuna­n am semalam, seramai 240 aktivis politik dipenjara atau menunggu perbicaraa­n di Myanmar, menurut AAPP.

Suu Kyi menghadapi kesukaran untuk menyangkal kritikan mengenai pertumbuha­n ekonomi yang semakin lembap dan proses damai yang tergendala.

Kerajaanny­a juga menghadapi kecaman antarabang­sa yang semakin meningkat bagi operasi ketenteraa­n terhadap masyarakat Muslim Rohingya yang sudah menyebabka­n hampir 700,000 anggota masyarakat minoriti untuk lari ke Bangladesh. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia