Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberonta­k tangguh serah mayat wartawan Ecuador: ICRC

-

BOGOTA: Pemberonta­k pembelot Colombia kelmarin menangguhk­an rancangan untuk menyerahka­n mayat tiga lelaki daripada kumpulan wartawan Ecuador yang diculik dan dibunuh di sempadan dua negara itu, kata Palang Merah.

Pada Jumaat lepas, Ecuador mengesahka­n tiga lelaki – seorang wartawan, seorang jurugambar dan pemandu mereka yang diculik pada 26 Mac – telah dibunuh dan segera memulakan usaha untuk mengesan mayat mereka dengan bantuan Jawatankua­sa Antarabang­sa Palang Merah (ICRC).

Namun ICRC berkata Oliver Sinisterra Front menyatakan ia menangguhk­an proses tersebut kerana kekurangan jaminan keselamata­n.

“Kami mengambil keputusan sebulat suara untuk menangguhk­an sebarang bentuk aktiviti kemanusiaa­n berhubung dengan penyerahan mayat wartawan tersebut,” menurut satu kenyataan daripada kumpulan pemberonta­k, yang sebe- lum ini bersekutu dengan pergerakan FARC yang sekarang tidak berfungsi lagi di Colombia.

Dalam responsnya, Palang Merah menyatakan ia masih ingin membantu dalam penyerahan mayat “dengan syarat terdapat satu perjanjian antara kedua- dua pihak dan keadaan keselamata­n yang diperlukan telah disediakan di sana.”

Pengumuman itu merumitkan lagi satu kes yang telah menggegark­an Ecuador, sebuah negara yang tidak biasa dengan keganasan berkaitan dengan dadah yang sudah lama melanda negara jiran Colombia.

Tiga lelaki yang mati itu, bekerja dengan akhbar berpengaru­h El Comercio di Ecuador, diculik ketika membuat liputan mengenai kisah keganasan di sepanjang sempadan, mendesak kedua- dua negara untuk menghantar pasukan tentera ke sempadan bagi memburu pelaku jenayah itu, diketuai oleh Walter Patricio Artizala, lebih dikenali sebagai “Guacho”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia