Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh pengasuh: Defendan dakwa teman wanita dominan, kuat cemburu

-

LONDON: Seorang lelaki yang menghadapi perbicaraa­n kerana membunuh seorang pengasuh dari Perancis di London kelmarin menggambar­kan teman wanitanya yang juga rakan tertuduh sebagai suka mendominas­i, cemburu dan cenderung mengalami perubahan angin.

Ouissem Medouni menafikan membunuh Sophie Lionnet, yang menjaga dua anak teman wanitanya Sabrina Kouider.

Sementara Kouider turut menafikan melakukan pembunuhan, kedua-dua defendan mengaku cuba membuang mayat Lionnet, 21, di taman belakang rumah mereka.

Medouni, seorang bekas penganalis­is kewangan, berkata Kouider merupakan orang yang dominan dalam hubungan mereka dan anginnya akan “berubah dengan sangat cepat dalam masa beberapa saat”.

“Sejak beberapa tahun lalu, setiap pagi dia akan bangun sambil menjerit tanpa sebarang sebab, dan, jika dia ada mimpi saya bersama wanita lain, dia berkata ia akan berlaku dan membuat cerita di dalam fikirannya mengenainy­a,” katanya kepada ahli juri di mahkamah jenayah pusat Old Bailey.

Pasangan itu pertama kali berkenalan di satu pesta pada 2001 dan sejak itu menjalin hubungan yang putus beberapa kali.

Menurut Medouni, Kouider “cemburu” apabila dia bercakap dengan Lionnet dan mendaka Kouider pernah menyerang pengasuh kanak-kanak itu.

“Dia menjadi panas baran dan menarik rambutnya. Saya ingat dia hendak me- mukulnya,” katanya kepada ahli juri.

Pihak pendakwaan menuduh kedua-dua defendan melakukan penderaan sistematik ke atas Lionnet dan mahkamah telah ditunjukka­n rakaman audio dan video di mana pengasuh kanak-kanak itu disoal siasat oleh pasangan itu.

Kouider didakwa menuduh penjaga anaknya itu berpakat dengan Mark Walton – pengasas kumpulan Boyzone dan bapa kepada seorang daripada dua anaknya – untuk mencabul keluarga itu ketika mereka tidur.

Waltonhadi­rdimahkama­h pada bulan lepas dan menggambar­kan bekas teman wanitanya itu sebagai “pendera” dan “pandai memanipula­si”.

Lionnet mula bekerja sebagai pengasuh anak Kouider pada Disember 2015. Mayatnya dijumpai pada 20 September tahun lepas dalam unggun api yang dijaga oleh Medouni, selepas jiran menghubung­i jabatan bomba.

Medouni berkata pengasuh itu dibayar 50 pound (RM275) seminggu tetapi upahnya dipotong pada hujung Julai kerana Kouider “marah dengannya”.

Dia memberitah­u mahkamah, dia “sepatutnya membeli tiket dan menghantar­nya pulang” selepas dia melihat temannya itu menyerang Lionnet.

“Saya benci kepada diri sendiri kerana berlaku peristiwa ini dan kemuncak selepas itu. Apabila saya memikirkan tentang seluruh situasi ini, saya amat amat marah dengan diri sendiri,” kata Medouni.

Perbicaraa­n dijadual bersambung sehingga 11 Mei. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia