Utusan Borneo (Sarawak)

El Salvador berkas lebih 200 samseng

Dalam serbuan di seluruh negara ekoran pembunuhan seorang lagi wartawan

-

SAN SALVADOR: Pendakwa raya di El Salvador kelmarin berkata mereka menahan seorang lelaki bagi pembunuhan pada November lepas terhadap seorang jurugambar dan menahan lebih 200 anggota kumpulan samseng dalam serbuan semalaman selepas pembunuhan seorang lagi wartawan.

Berita mengenai tangkapan muncul hanya beberapa jam selepas mayat Karla Turcios ditemui terbaring di tepi lebuh raya. Wanita berusia 33 tahun itu dilaporkan hilang pada Ahad lepas oleh keluargany­a dan syarikat akhbar di mana beliau bekerja.

Operasi tangkapan bermula pada lewat Ahad lepas, dengan polis menyasarka­n anggota beberapa kumpulan samseng, termasuk Mara Salvatruch­a (MS-13), Barrio 18 dan kumpulan yang lebih kecil Mara Mao Mao, kesemua mereka berdepan dakwaan membunuh dan memeras ugut, menurut pejabat pendakwa raya negara.

Dalam satu kenyataan berasingan, Peguam Negara Douglas Melendez berkata mereka turut menahan penyerang bersenjata di sebalik pembunuhan Samuel Rivas, seorang jurukamera bagi televisyen Canal 21 yang ditembak mati pada 16 November di luar gereja di Ilopango, sebuah pekan hanya di timur San Salvador.

Melendez mengenal pasti penembak sebagai Wilber Ernesto Carranza, seorang anggota berusia 19 tahun dari kumpulan Barrio 18, menyatakan ia adalah kemungkina­n bahawa dia membunuh Rivas sebagai sebahagian daripada upa- cara inisiasi. Polis sedang memburu seorang lagi lelaki yang turut ada di tempat kejadian.

Berikutan dengan penemuan mayat wartawan wanita itu pada Ahad lepas, Presiden Salvador Sanchez Ceren menyatakan beliau telah menga- rahkan pasukan keselamata­n untuk melakukan “siasatan segera dan efektif untuk membawa pelaku jenayah ke muka pengadilan dengan secepat mungkin.”

Ia adalah tidak begitu jelas sekiranya operasi tangkapan telah dikaitkan secara langsung dengan pembunuhan­nya.

Pendakwa raya berkata tangkapan semalaman, yang dilakukan di lapan daripada 14 daerah di El Salvador, adalah bertujuan untuk melemahkan struktur kumpulan.

Suspek berdepan dakwaan bagi pembunuhan yang dirancang, pembunuhan wanita yang disengajak­an, organisasi pengganas dan peras ugutan, di samping yang lain- lain lagi.

El Salvador mempunyai salah satu kadar homisid paling tinggi di dunia dengan hampir 4,000 pembunuhan pada tahun lepas – satu jumlah yang bersamaan dengan 60 daripada 100,000 penduduk.

Kerajaan telah menyalahka­n kumpulan samseng yang berkuasa bagi sebahagian besar daripada keganasan yang membelengg­u negara miskin Amerika Tengah ini.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Gambar Turcios dipamer di sebelah kerandanya semasa upacara pengebumia­nnya di San Salvador kelmarin.
— Gambar AFP PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Gambar Turcios dipamer di sebelah kerandanya semasa upacara pengebumia­nnya di San Salvador kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia