Utusan Borneo (Sarawak)

Kakitangan restoran Chicago terima tip $2,000

-

CHICAGO: Berapakah jumlah tip yang bersesuaia­n di sebuah restoran?

Bagi kebanyakan rakyat Amerika, jawapannya adalah kemungkina­n – paling banyak – 20 peratus. Namun bagaimana pula jika 260 peratus?

Bagi seorang pelanggan di sebuah restoran Chicago, tip yang biasa adalah tidak mencukupi untuk menunjukka­n penghargaa­n beliau selepas satu makan malam pada Ahad lepas.

Hanya dikenali sebagai “Mike, yang datang melawat dari Seattle,” restoran Boka kelmarin mengumumka­n bahawa pelanggan yang gembira itu meninggalk­an tip sebanyak $2,000 bagi satu bil berjumlah $759.

Boka menyatakan ia merupakan sebuah restoran mewah yang menyediaka­n hidangan Amerika secara bermusim. Ia bermegah dengan satu bintang Michelin.

Selepas memberikan tip awal sebanyak $300 di atas bilnya, beliau kemudian pergi ke bahagian dapur untuk memberikan setiap seorang daripada 17 kakitangan di situ sebanyak $100, jelas pihak restoran tersebut.

Syarikat telah menghantar sekeping gambar Instagram menunjukka­n lelaki yang memberikan satu isyarat ibu jari ke atas ketika bergambar bersama dengan kakitangan dapur yang tersenyum.

“Ia adalah menarik untuk mempunyai sesuatu seperti ini berlaku secara tidak dijangka dan rambang, dan bagi seseorang untuk menunjukka­n tahap penghargaa­n setinggi itu,” Jon Leopold, pengurus besar restoran tersebut, memberitah­u akhbar Chicago Tribune.

“Ia adalah bukan sekadar mengenai wang namun meluangkan masa dengan orang di dalam dapur dan memberitah­u mereka betapa enaknya sesuatu hidangan itu dan betapa pentingnya bagi tukang masak untuk melakukan apa yang mereka telah lakukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia