Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Afrika Selatan tolak ikat jamin suspek bunuh gadis albino

-

JOHANNESBU­RG: Mahkamah Majistret di Witbank, wilayah Mpumalanga, menolak ikat jamin untuk tiga daripada lima suspek yang dituduh membunuh seorang budak perempuan albino dan seorang kanak- kanak berusia setahun sementara tertuduh keempat, seorang bomoh tradisiona­l ditolak untuk ikat jamin pada bulan lepas dan yang kelima pula berada dalam tahanan di Swaziland.

Keputusan DNA masih belum diperolehi. Empat tertuduh akan dihadapkan dalam perbicaraa­n ketika di dalam penjara selepas cubaan mereka untuk mendapatka­n ikat jamin tidak meyakinkan mahkamah. Mereka dituduh membunuh Gabisile Shabane berusia 13 tahun dan mengambil anggota badannya bagi pelbagai tujuan.

Mereka menculik Gabisile dan sepupunya berusia setahun, Nkosikhona Ngwenya, yang mereka telah salah anggap dengan seorang kanakkanak lain dalam keluarga yang mempunyai penyakit albino.

Keluarga tersebut berasa lega dengan keputusan mahkamah kelmarin. “Saya berasa gembira kerana mereka tidak mendapat ikat jamin, Tuhan telah menjawab doa saya. Saya hanya berharap mereka boleh memberitah­u kami di mana anggota badan yang hilang itu supaya kami boleh menguburka­n kanak-kanak tersebut. Terima kasih kepada masyarakat bagi sokongan mereka,” kata ibu Gabisile, Anna Shabane.

Mahkamah menyatakan ia tidak akan membebaska­n tertuduh kerana mereka tahu di mana keluarga mangsa itu tinggal dan terdapat seorang lagi kanak-kanak yang hidup mengalami penyakit albino di rumah tersebut. Ia menganggap mereka sebagai berisiko untuk melarikan diri dan mengambil kira kemarahan orang ramai.

Mayat Gabisile tanpa kepala ditemui di dalam sebuah kubur cetek sementara Nkosikhona ditemui di anak sungai berhampira­n dengan lebuh raya.

Tertuduh kelima, seorang dukun tempatan dikenali sebagai Gamedze, berada dalam tahanan di Swaziland.

Proses ekstradisi sedang dilakukan sekarang antara kedua- dua negara supaya dia boleh dihadapkan dalam perbicaraa­n di Afrika Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia