Utusan Borneo (Sarawak)

115 penyokong Syiah ditangkap di Nigeria

-

LAGOS: Sekurang-kurangnya 115 penyokong sebuah kumpulan Islam Syiah proIran ditangkap di bandar utama Nigeria kelmarin semasa bantahan terbaharu bagi menuntut pembebasan ketua mereka yang ditahan, menurut jurucakap polis.

Sheikh Ibrahim Zakzaky, ketua Pergerakan Islam Nigeria (IMN), berada dalam tahanan kerajaan sejak pasukan tentera bertempur dengan pengikutny­a di bandar utara Zaria pada Disember 2015, di sebalik arahan mahkamah bahawa beliau sepatutnya dibebaskan.

Penyokongn­ya telah mengadakan satu siri bantahan bagi menuntut pembebasan­nya dan kelmarin bertempur dengan polis di Abuja semasa satu perarakan.

Satu rakaman video bagi kejadian itu telah dipaparkan dalam media sosial, menunjukka­n polis meleraikan penunjuk perasaan dengan gas pemedih mata dan meriam air.

“Seramai 115 anggota kumpulan diberkas di tempat kejadian oleh polis yang bertindak,” jurucakap polis Abuja Anjuguri Manzah menyatakan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata penyokong IMN “melakukan amukan”, menyerang penduduk yang tidak bersalah, mengganggu aktiviti perniagaan, menghalang lalu lintas dan memusnahka­n kenderaan kerajaan dan polis.

Manzah mengesahka­n 22 anggota polis tercedera semasa bantahan itu, sementara lastik, batang besi dan batu dirampas daripada suspek.

Jurucakap IMN Ibrahim Musa memberitah­u AFP bahawa polis menggunaka­n gas pemedih mata, meriam air dan peluru hidup bagi meleraikan bantahan selama seminggu itu, mencederak­an 30 orang dan menahan kirakira 200 yang lain.

“Seramai 30 orang tercedera, salah seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, kerana tengkorakn­ya pecah. Setakat ini berdasarka­n rekod kami, 200 orang lagi ditangkap,” kata beliau, berjanji akan meneruskan bantahan sehingga pemimpin mereka dibebaskan.

Zakzaky bertelagah dengan pihak berkuasa sekular di Nigeria selama bertahunta­hun disebabkan oleh gesaan beliau bagi satu revolusi Islam.

Kumpulan hak asasi menuduh pasukan tentera Nigeria membunuh lebih 300 penyokong IMN dan mengebumik­an mereka dalam kubur beramai-ramai semasa konfrontas­i 2015, satu dakwaan yang mereka nafikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia