Utusan Borneo (Sarawak)

Militia Rio suspek utama bunuh aktivis kulit hitam: Menteri

-

BRASILIA: Kumpulan jenayah bayangan yang beroperasi di Rio de Janeiro merupakan suspek utama dalam pembunuhan Marielle Franco pada bulan lepas, seorang aktivis hak asasi kulit hitam yang terkenal dan kaunselor bandar, kata seorang menteri kerajaan kelmarin.

“Hipotesis yang paling berkemungk­inan adalah ia telah dilakukan oleh militia Rio de Janeiro,” Menteri Keselamata­n Awam Raul Jungmann memberitah­u radio CBN.

Tanpa memberi maklumat lanjut, Jungmann menyatakan penyiasat sedang mengikuti satu atau dua petunjuk yang kuat.”

Franco ditembak mati di tengah Rio pada 14 Mac dalam apa yang dikatakan oleh polis sebagai satu pembunuhan yang disasarkan. Setakat ini, tiada tangkapan telah dilakukan. Wanita berusia 38 tahun itu dilantik dalam majlis perbandara­n Rio pada 2016 dan mencipta nama bagi dirinya sendiri sebagai seorang aktivis yang lantang bersuara menentang rasis dan kekejaman polis di beberapa kawasan setinggan di Rio, kawasan kejiranan yang miskin di mana pasukan keselamata­n berdepan dengan kumpulan pengedar dadah bersenjata.

Hanya beberapa hari sebelum kematianny­a, beliau menuduh satu unit polis telah bertindak sebagai skuad maut.

Sifat terancang bagi pembunuhan itu dengan segera menimbulka­n spekulasi bahawa Franco telah dibunuh oleh salah satu kumpulan militia itu.

Kumpulan tersebut, yang kebanyakan dianggotai oleh bekas anggota polis dan anggota polis yang sedang berkhidmat, mengendali­kan sindiket perlindung­an dan aktiviti lain yang menyerupai mafia di Rio, ketika bertindak menentang kumpulan dadah.

 ?? — Gambar Reuters ?? SOKONGAN PADU: Penyokong Franco berhimpun di Rio de Janeiro, Brazil pada 14 April lalu, sebulan selepas aktivis hak asasi kulit hitam itu ditembak mati.
— Gambar Reuters SOKONGAN PADU: Penyokong Franco berhimpun di Rio de Janeiro, Brazil pada 14 April lalu, sebulan selepas aktivis hak asasi kulit hitam itu ditembak mati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia