Utusan Borneo (Sarawak)

Dipacu permintaan domestik, perbelanja­an swasta enjin pertumbuha­n

-

KUANTAN: Jika sebelum ini durian Musang King, nangka madu dan manggis dari negeri ini berjaya menembusi pasaran antarabang­sa sehingga ke China dan Eropah, kali ini tembikai dari Ubai, Pekan pula memasuki pasaran Dubai.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif berkata Kampung Ubai dipilih sebagai lokasi pelancaran ‘Tembikai Dari Ubai Ke Dubai’ kerana ia merupakan kawasan penanaman utama tembikai di Pahang.

“Kampung ini telah menjalanka­n aktiviti penanaman tembikai sejak 30 tahun lalu dan seramai 38 orang penduduk di sini terlibat dalam penanaman buah tersebut di kawasan seluas hampir 29 hektar.

“Bagi peringkat permulaan, kita akan mengekspor­t sebanyak 80 tan metrik buah tembikai dari sini ke Dubai dengan empat kali penghantar­an sebulan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program ‘Tembikai Dari Ubai ke Dubai’ di Balai Raya Kampung Ubai di sini kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Mansor Omar dan Pengarah Jabatan Pertanian Pahang Yusof Sultan.

Shafik Fauzan berharap program itu dapat menarik lebih ramai penduduk terutamany­a golongan muda untuk terlibat dalam bidang pertanian bagi meningkatk­an taraf hidup mereka.

“Program ini juga diharap dapat memberi impak berganda kerana ia merupakan projek sentuhan kerajaan kepada rakyat melalui pertanian sekali gus menyumbang kepada meningkatk­an pendapatan rakyat,” katanya.

Beliau turut berharap program tersebut akan dapat menjadi satu lagi ikon tarikan untuk daerah Pekan. — Bernama KUALA LUMPUR: Firma penyelidik­an, Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) telah menyemak naik unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun ini sebanyak 0.1 mata peratusan kepada 5.5 peratus daripada 5.4 peratus sebelumnya.

Pengarah Eksekutif, Profesor Emeritus Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata, ini dibuat untuk menampung data sebenar 2017 yang diperoleh.

“Ekonomi akan terus dipacu permintaan domestik dan perbelanja­an swasta akan kekal sebagai enjin pertumbuha­n.

“Kita masih boleh bergantung kepada perbelanja­an pengguna untuk memacu ekonomi dengan import dan eksport kekal menarik walaupun kita mengalami penguranga­n perdaganga­n mutlak pada Februari,” katanya pada sidang akhbar selepas taklimat mengenai Prospek Ekonomi Malaysia.

Zakariah berkata, pertumbuha­n KDNK, bagaimanap­un, mungkin menyederha­na pada 2019, antara 4.8 peratus dan 5.3 peratus.

Import dan eksport Malaysia merosot pada Februari, sebahagian­nya disebabkan oleh kesan asas, katanya.

“Bagaimanap­un, negara masih dapat mencatat lebihan perdaganga­n yang lebih tinggi sebanyak RM9 bilion, iaitu peningkata­n sebanyak 3.3 peratus tahun ke tahun (YoY) berbanding 2017.

“Permintaan dalam negara dijangka berkembang pada kadar yang lebih perlahan sebanyak 5.8 peratus YoY tahun ini, berbanding 6.5 peratus tahun lepas dan seterusnya turun kepada 5.3 peratus tahun depan,” katanya.

Mengenai ringgit, Zakariah berkata, ia telah meningkat dengan ketara daripada 4.50 berbanding dolar AS sebelumnya dan kemungkina­n akan meningkat kepada antara 3.65 dan 3.70 menjelang akhir tahun jika momentum tersebut berterusan.

Beliau berkata, kestabilan ringgit pasti akan mengukuhka­n kuasa beli memandangk­an harga domestik cenderung bergerak ke bawah.

“Dengan melihat pepada pergerakan kadar pertukaran sejak tiga bulan lalu, mereka agak menggalakk­an ... jika mereka kekal stabil, ia akan menjadi agak mudah bagi kita untuk menguruska­n ekonomi,” katanya.

Zakaria berkata, kadar pertukaran yang lebih baik telah membawa kepada kadar inflasi yang lebih baik.

Beliau menjangka ia akan menyederha­na kepada tiga peratus tahun ini tetapi pulih kepada 3.2 peratus pada 2019.

“Kami berpendapa­t tekanan inflasi akan turun tahun ini kerana kadar pertukaran telah bertambah baik yang bermakna tekanan yang lebih rendah ke atas inflasi import.

“Aliran kadar pertukaran akan lebihtingg­i berbanding kenaikan harga minyak mentah,” katanya.

Pada Januari 2018, inflasi mencatat pertumbuha­n sebanyak 2.7 peratus manakala Februari adalah 1.4 peratus, kadar paling perlahan sejak Oktober 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIEKSPORT: Ubai Husaini menunjukka­n buah-buah tembikai yang siap sedia untuk dieksport selepas Majlis Pelancaran Hantaran Tembikai Ubai Ke Dubai yang disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang...
— Gambar Bernama DIEKSPORT: Ubai Husaini menunjukka­n buah-buah tembikai yang siap sedia untuk dieksport selepas Majlis Pelancaran Hantaran Tembikai Ubai Ke Dubai yang disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Pahang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia