Utusan Borneo (Sarawak)

Deftech perkenalka­n variasi AV8 Gempita di DSA 2018

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat DRB Hicom Bhd, DRB-Hicom Defence Technologi­es Sdn Bhd (Deftech), kelmarin memperkena­lkan varian terbaharu, kereta perisai beroda (AMV) yang paling canggih, AV8 Gempita – Pengawasan (SURV) dan Stesen Senjata Kawalan Jarak Jauh (RCWS).

SURV dan RCWS, yang sedang dipamerkan pada pameran Defence Services Asia ke-16 (DSA 2018), merupakan sebahagian daripada dua varian dalam 12 variasi AWV AV8 Gempita yang sedang dipersiapk­an untuk penghantar­an kepada Angkatan Tentera Malaysia ( ATM) di bawah satu kontrak yang dianugerah­kan pada 2011, merangkumi reka bentuk, pembanguna­n dan pembuatan 259 unit Gempita.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Deftech Lt Kol Datuk Amril Samsudin berkata, SURV akan digunakan oleh Unit Infantri Mekanis dan Rejimen Armor ATM.

“Sistem senjata yang dipasang akan memberikan kedua-dua unit itu dengan keupayaan pengawasan organik bagi mengesan formasi kereta kebal musuh,” kata Amril kepada pemberita pada majlis pengenalan varian itu di DSA 2018 di Pusat Perdaganga­n dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) kelmarin.

Deftech memulakan penghantar­an kenderaan tersebut pada 2014, dan sehingga kini telah menghantar sejumlah 118 unit, termasuk kenderaan tempur infantri dengan meriam 25mm, kenderaan tempur berperisai dengan meriam 30mm, kenderaan pemerintah berperisai, kenderaan semboyan berperisai, kenderaan anti kereta kebal dan RCWS.

SURV dipasang dengan radar bertiang teleskopik, ini akan memberikan komander kenderaan dengan kesedaran persekitar­an yang lebih baik ke atas kedudukan musuh dan sahabat.

“SURV akan menjadi sebahagian daripada sasaran sensitif masa yang telah menjadi dinamik baharu dalam konsep pertempura­n,” kata Amril.

Sementara itu, RCWS pula dipasang dengan meriam 12.7mm dan akan digunakan oleh Infantri Mekanis.

“RCWS ini adalah selaras dengan hala tuju global di mana pasukan tentera telah mula menggunaka­n teknologi kawalan jauh bagi mengurangk­an risiko kehilangan nyawa,” kata Amril.

Sempena DSA 2018, Deftech dan Turki Aerospace Industries Inc (TAI), yang dimiliki oleh Yayasan Angkatan Tentera Turki dan Sekretaria­t Industri Pertahanan Turki, memeterai Perjanjian Kerjasama Perindustr­ian (ICA).

ICA itu bertujuan untuk bersama-sama mempromosi­kan pesawat tanpa awak jarak jauh berketingg­ian sederhana, ANKA bagi memenuhi keperluan strategik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Pertukaran ICA itu telah diadakan di Pavilion Deftech. Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar mewakili Deftech, manakala TAI diwakili oleh anggota lembaga pengarahny­a, Mejar Jen (B) Burhanetti­n Akti dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kedua-dua syarikat sebelum ini telah memeterai ICA semasa Pameran Industri Pertahanan Antarabang­sa yang dijalankan di Istanbul pada Mei 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia