Utusan Borneo (Sarawak)

Import minyak sawit India meningkat susulan langkah eksport Malaysia

-

NEW DELHI: Import minyak sawit India bagi tempoh lima bulan sehingga Mac lepas, meningkat kepada 3.79 juta tan berbanding 3.55 juta tan pada 2017.

Peningkata­n turut dikaitkan dengan langkah kerajaan Malaysia melanjutka­n pelaksanaa­n skim eksport minyak sawit mentah tanpa duti eksport selama tiga bulan, sebelum ini.

Menurut Persatuan Pengekstra­k Pelarut India (SEA), import minyak sawit menyumbang 66 peratus daripada jumlah import minyak sayuran India bagi tempoh November 2017 sehingga Mac 2018.

Negara pembeli minyak sayuran terbesar dunia itu mengimport 5.93 juta tan minyak berkenaan dalam tempoh kajian berbanding 5.80 juta tan sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Daripada jumlah itu, minyak makan menyumbang sebanyak 5.78 juta tan.

Bagi tempoh lima bulan tersebut, import minyak sawit olein RBD turut menyaksika­n aliran penurunan apabila berkuranga­n kepada 770,581 tan berbanding 1.135 juta tan sebelumnya.

“Import minyak makan mentah meningkat kepada 5.0 juta tan berbanding 4.54 juta tan (Nov 2016 — Mac 2017), terutamany­a disebabkan oleh peningkata­n import minyak sawit mentah (MSM) dan minyak bunga matahari manakala minyak soya berkuranga­n,” kata persatuan itu.

Mengulas stok minyak makan di pelbagai pelabuhan setakat 1 April, 2018, SEA menganggar­kan ia sebanyak 770,000 tan dengan MSM sebanyak 350,000 tan.

Baki stok itu merangkumi masing-masing minyak sawit olein RBD (160,000 tan), minyak soya (80,000 tan), minyak bunga matahari mentah (160,000 tonnes) dan minyak biji sawi(20,000 tan). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia